Latar Belakang

Sejarah Ringkas

MASNITA telah ditubuh dan beroperasi pada 07 Februari 2001 dengan No. Pendaftaran : 474. Sijil pendaftaran telah ditandatangani oleh Timbalan Pendaftar Pertubuhan pada 13 Mac 2003, dan diterima melalui surat bertarikh 29 April 2003.


MASNITA menggunakan logo seperti berikut yang membawa maksud:

logoMASNITA

Warna merah, biru dan kuning menjadi asas kegemilangan MASNITA. Ini kerana warna ini juga merupakan warna asas dalam penghasilan warna lain. Demikian juga peranan MASNITA di dalam pembangunan wanita. Selain dari itu, warna ini juga merupakan warna yang terdapat pada logo UNIMAS, sebuah institusi pengajian tinggi yang menjadi tulang belakang penubuhannya.

Merah
Melambangkan semangat kegigihan dan daya juang MASNITA menghadapi cabaran dalam mengerakkan segala projek, program dan aktiviti yang dijalankan.

Biru
Melambangkan semangat muafakat dan kerjasama berpasukan dan meletakkan kejayaan MASNITA sebagai satu keutamaan.

Kuning
Membawa maksud kemurnian hasrat dan wawasan yang hendak dicapai oleh MASNITA sebagai sebuah persatuan wanita yang cemerlang dan progresif di dalam pembangunan wanita.

Huruf I
Huruf I yang dibentuk menyerupai pokok melambangkan pertumbuhan MASNITA dalam mencapai matlamat penubuhannya. Corak pucuk midin dipilih melambangkan keunikan MASNITA dan UNIMAS yang bernaung di negeri Sarawak.

Loading ...