'Walk Of Love - Purple Walk'

Untuk makluman semua, MASNITA dijemput untuk menghantar seramai ahli yang boleh untuk mewakili MASNITA ke "Program 'Walk Of Love - Purple Walk'" seperti butiran berikut :-

Tarikh : Sabtu, 05 April 2014
Masa : 0630 pagi
Tempat : 'Le Park' Kuching (Belakang Dewan Suarah)

Seperti yang diwar-warkan pada AGM yang lepas, program ini mengandungi 2 aktiviti yang akan disertai oleh MASNITA. Iaitu :-

1) Acara Berjalan Sarawak Walk Of Love - Purple Walk dimana kreativiti dan semangat berpasukan akan dikira dan diambil markah oleh pihak penganjur. Selain itu, jumlah ahli di dalam satu-satu pasukan turut diambilkira. Bermaksud konsep "the more the merrier" amatlah digalakkan =) Tambahan makluman yang agak menarik, semasa acara ini berlangsung, kita boleh membawa famili tetapi anda tidak perlu menghantar nama mereka, cukuplah sekadar menghantar nama ahli MASNITA yang akan mewakili MASNITA nanti =D Apa yang pasti, tiada had masa ditetapkan, jalanlah mengikut kelajuan kita sendiri tetapi penuh yakin dan kreatif!!

2) Gerai Jualan dimana MASNITA akan membuka 1 gerai jualan pada hari tersebut nanti :D

Menarik kan?! Jom laaahh sama-sama mewakili MASNITA untuk aktiviti ini, the more the merrier :-)

Loading ...