Bengkel Kesedaran Perkembangan Kanak-kanak : Cabaran dan Peluang

Anjuran Centre of Excellence for Disability Studies (CoEDS) dan Persatuan Wanita Universiti Malaysia Sarawak (MASNITA), sebuah "Bengkel Kesedaran Perkembangan Kanak-kanak : Cabaran dan Peluang" akan diadakan pada hari Khamis, 21 Ogos 2014.

Program ini memberi peluang kepada ibubapa yang mempunyai anak-anak pra-sekolah dan anak-anak yang mempunyai keperluan istimewa untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan tentang perkembangan kanak-kanak. Bengkel ini akan mendedahkan kepada peserta mengenai kemudahan-kemudahan yang ada untuk membantu di dalam perkembangan fizikal kanak-kanak, sosial dan kognitif serta emosi. Selain itu, turut diberi pendedahan adalah mengenai pemahaman masalah pembelajaran yang khusus.

Objektif penganjuran bengkel ini adalah untuk :-

i. Untuk mendedahkan kepada ibu bapa peluang yang ada untuk anak-anak mereka dari segi kerjaya, pendidikan dan sebagainya.
ii. Untuk mengenalpasti cabaran yang dihadapi oleh ibu bapa di dalam mengurus anak-anak.
iii. Untuk mendedahkan kepada ibu bapa pengetahuan tentang "Learning in Disability" terutama bagi ibu bapa yang mempunyai anak kurang upaya.

Bengkel ini akan dikendalikan oleh Dr. Chin Saw Sian, Honorary Research Fellow, CoEDS, UNIMAS dan Dr Selva, General Hospital. Jom turut serta di dalam program ini dengan mengisi borang penyertaan pada pautan Borang di atas. Jumpa anda semua di sana!

Loading ...