CSR Mini UNIMAS Bersama RTC Buntal

CSR MINI UNIMAS BERSAMA RTC BUNTAL


Pada 26 Febuari 2015, Pusat Mini Rural Transformation Centre (RTC) Buntal menyambut kunjungan daripada Pusat Khidmat Teknologi Maklumat dan Komunikasi (PKTMK) yang merupakan sebahagian daripada aktiviti CSR UNIMAS yang diajurkan oleh Pejabat Penolong Naib Canselor (Keterlibatan Industri dan Komuniti).

Pasukan PKTMK telah meluangkan masa untuk memeriksa serta membaikpulih kesemua 23 buah komputer di Mini RTC Buntal. Mini RTC Buntal menempatkan komputer komputer tersebut untuk kegunaan masyarakat Kampung Buntal dan kawasan-kawasan sekitar nya.

 

Diharap projek keterlibatan UNIMAS bersama masyarakat sebegini akan merupakan projek berterusan dan tidak sekadar one-off event.

Pusat Mini RTC Buntal merupakan yang pertama kepada projek yang akan melibat pusat-pusat sepertinya yang terletak di tempat lain di negeri Sarawak. Ini akan memberi peluang kepada semua staf PKTMK atau universiti untuk turut menyumbang bakti kerana ahli pasukan-pasukan yang dihantar akan ditukar-ganti mengikut kesesuaian.

Syabas kepada pasukan PKTMK kerana menabur bakti, menyumbangkan masa dan tenaga untuk membantu membaik-pulih komputer-komputer di Pusat RTC Buntal.