Anugerah Inovasi ICT (AIICT) Pengurusan 2015 UNIMAS

ANUGERAH INOVASI ICT (AIICT) PENGURUSAN 2015

AIICT Pengurusan adalah anugerah secara tahunan untuk mengiktiraf usaha inovasi dan kreatif PTj; selaku pemilik sistem yang berkolaborasi dengan PKTMK melalui satu projek inovasi ICT, bagi meningkatkan kecekapanan pengurusan kerja di PTj.

Objektif AIICT Pengurusan adalah:

  1. memberi pengiktirafan kepada hasil kerjasama inovasi ICT yang dipraktikan di antara PTj dan PKTMK;
  2. memupuk dan menyemarakkan budaya ICT  yang kreatif dan inovatif dalam pengurusan bagi meningkatkan produktiviti, kecekapan dan kepuasan pelanggan; dan
  3. memperkenalkan dan menyebarkan proses kerja yang boleh dicontohi oleh PTj lain.


Satu PTj dibenarkan menghantar lebih dari satu (1) penyertaan.

TATACARA PERMOHONAN :

  1. Semua PTj adalah dipelawa untuk menyertai pertandingan AIICT Pengurusan 2015.  Permohonan penyertaan hendaklah dilakukan oleh Ketua Kumpulan yang terdiri daripada pemilik sistem (PTj) dengan mengisi borang penyertaan yang disediakan.
  2. Format penulisan hendaklah menepati format laporan AIICT Pengurusan. Kriteria pemarkahan adalah berdasarkan lima(5) kriteria pemilihan bagi AIICT Pengurusan.
  3. PTj yang berminat hendaklah menghantar laporan penuh hasil inovasi dan borang penyertaan selewat-lewatnya pada 4 Februari 2016 kepada pihak urusetia (PKTMK).
  4. Perakuan Pemenang oleh Panel Penilai AIICT Pengurusan 2015 kepada Panel Hakim akan dimaklumkan semasa Majlis Anugerah Gemilang UNIMAS (MAGU) 2016.
  5. Keputusan Panel Hakim adalah muktamad.  Sebarang pertanyaan sila berhubung dengan pihak urusetia di bawah:

Hjh Majina Hj Sulaiman
Pusat Khidmat Teknologi Maklumat dan Komunikasi
(Tel: 082-583846 Faks : 082-665147)
Email: Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.


Dokumen-dokumen penting: 
1. AIICT Pengurusan 2015 Slides
2. Borang Penyertaan AIICT Pengurusan