UNIMASNet

Rangkaian berwayar, UNIMASNet menghubungkan rangkaian di antara bangunan pentadbiran, blok akademik dan sebahagian kolej kediaman.

Ianya mempunyai talian utama (backbone) berkelajuan 10Gbps yang berperanan sebagai lebuhraya utama dan tulang belakang kepada operasi UNIMASNet.

Setiap bangunan di Kampus UNIMAS dihubungkan ke talian utama ini dengan talian berkelajuan 2Gbps.

Kampus UNIMAS di Kuching dihubungkan ke UNIMASNet menggunakan litar suwa 4 Mbps sementara Kampus Timur dihubungkan menggunakan talian optik berkelajuan 1Gbps.

UNIMASNet dihubungkan ke Internet menerusi litar suwa utama berkelajuan 170Mbps dan litar suwa alternatif berkelajuan 45Mbps yang digunakan secara berkongsi oleh lebih daripada 8000 pengguna setiap hari.

UNIMASNet juga dihubungkan ke rangkaian penyelidikan dikenali sebagai MYREN dengan talian suwa berkapasiti 10Mbps.


unimasnet diagram