Emel Staf

   

Pusat Khidmat Teknologi Maklumat & Komunikasi (PKTMK) menyediakan perkhidmatan emel rasmi kepada staf-staf UNIMAS untuk kegunaan rasmi pejabat. Perkhidmatan emel ini menggunakan IBM Dominomail sebagai platform utama dan mempunyai cabang-cabang kefungsian yang lain seperti Calendering, Address Book dan sebagainya.

Selain itu, fungsi DominoApp yang diintegerasikan ke dalam Dominomail Client juga turut disediakan sebagai fungsi tambahan untuk memudahkan tugasan pejabat. Sebagai contoh: Leave Application, Smart-card clockin, e-tempah dan banyak lagi.  Aplikasi di bawah DominoApp ini diuruskan oleh Unit GOE.

Terdapat tiga jenis capaian emel UNIMAS yang disediakan iaitu melalui client, Web dan secara mobile:

  • Client: Capaian emel secara tetap diinstalasikan ke dalam komputer peribadi staf UNIMAS untuk kegunaan secara peribadi yang membolehkan simpanan (achieve) emel disimpan ke dalam komputer peribadi tersebut.
  • Web: Capaian melalui web dengan menggunakan Browser Internet untuk mengakses emel UNIMAS dari mana-mana lokasi yang terdapat capaian internet.
  • Mobile: Capaian emel menggunakan khidmat Lotus Traveler yang diinstalasikan ke dalam smartphone pengguna emel UNIMAS. Perisian ini menggunakan sistem operasi seperti Android, Apple, Symbian dan Windows Mobile. Selain untuk mengakses emel, fungsi Calendering dan Lookup Address Book disediakan bagi memudahkan penghantaran emel dan sebagainya.