Penapisan Emel

Sejajar dengan penyediaan perkhidmatan Emel UNIMAS, keselamatan keluar masuk emel adalah mustahak dan dititik beratkan oleh CICTS menerusi penggunaan Symantec Brightmail Gateway. Setiap emel keluar dan masuk daripada UNIMAS akan melalui satu proses penapisan kandungan emel bagi mengelakkan ‘Spamming’, Virus dan sebagainya memasuki suasana dalaman emel.

Perkhidmatan ini disediakan kepada staf akademik dan staf bukan akademik UNIMAS. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan dan permasalahan, sila hubungi ICT Service Desk untuk mendapatkan khidmat nasihat dan sokongan teknikal.