Mengenai kami

informasi png

Mengenai kami

Mari mengenali Pusat Pengajian Pra-Universiti Universiti Malaysia Sarawak. Dapatkan semua maklumat mengenai pusat ini daripada sejarah penubuhan sehinggalah kepada visi, misi dan objektif kami.

Objektif

Objektif utama penubuhan Pusat Pengajian Pra-Universiti (PPPU) adalah sebagai pusat feeder untuk menyediakan kemasukan pelajar ke program ijazah sarjana muda atau pra-siswazah di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) khususnya dalam bidang sains dan teknologi.

laluan pejalan kaki Laluan pejalan kaki ke bilik kuliah

Objektif-objektif lain adalah:

  • Mewujudkan saluran utama untuk pengambilan pelajar bumiputera lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi kemasukan ke UNIMAS.
  • Menyediakan akses dan peluang kemasukan bagi pelajar-pelajar bumiputera yang berkelayakan dari kawasan pedalaman Sarawak.
  • Meningkatkan kualiti ambilan untuk semua program pengajian di UNIMAS.
  • Menyediakan program titian (bridging) dengan melengkapkan pelajar dengan kursus-kursus asas dalam bidang pengajian utama yang ditawarkan di UNIMAS.