Mengenai kami

informasi png

Mengenai kami

Mari mengenali Pusat Pengajian Pra-Universiti Universiti Malaysia Sarawak. Dapatkan semua maklumat mengenai pusat ini daripada sejarah penubuhan sehinggalah kepada visi, misi dan objektif kami.

Piagam Pelanggan

Kami seluruh warga Pusat Pengajian Pra-Universiti (PPPU), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), dengan penuh tekad beriltizam untuk memberikan perkhidmatan yang berkualiti dan berkesan bagi memenuhi keperluan dan kemudahan pelanggan-pelanggan kami dengan memastikan;

  1. Perkhidmatan kaunter adalah cekap, tepat dan mesra pelanggan.
  2. Surat tawaran dan semua maklumat penting berkaitan dengan kemasukan pelajar baharu boleh dimuat turun dari laman sesawang UNIMAS oleh calon yang berjaya selewat-lewatnya tiga (3) hari bekerja selepas Mesyuarat Pemilihan Bersama, Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA).
  3. Maklumat pendaftaran pelajar dan kursus pada setiap semester akan dimaklumkan kepada pelajar dalam laman sesawang UNIMAS.
  4. Keputusan peperiksaan akan dimaklumkan kepada pelajar melalui laman sesawang UNIMAS dalam tempoh tiga (3) hari bekerja selepas mesyuarat kelulusan Senat Universiti.
  5. Transkrip pelajar boleh dituntut satu (1) bulan selepas mesyuarat kelulusan Senat Universiti.
  6. Surat pengesahan pelajar dan surat permohonan lain akan disediakan dalam tempoh kurang dari tiga (3) hari bekerja dari masa permohonan diterima.
  7. Semua aduan berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran akan diambil tindakan dalam tempoh tiga (3) hari bekerja ATAU tempoh lain yang munasabah.