Kemasukan Pelajar

Kemasukan

Kemasukan

Dapatkan maklumat berkenaan kemasukan pelajar-pelajar ke Pusat Pengajian Pra-Universiti, Unimas. Merangkumi syarat kemasukan, cara untuk membuat permohonan, kalendar akademik, serta fakulti-fakulti berpotensti setelah pelajar menamatkan pengajian di sini.

Soalan-soalan Lazim

  • Bagaimanakah cara memohon Program Asasi UNIMAS?

    Semua permohonan kemasukan ke Pusat Pengajian Pra-Universiti adalah melalui Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (BPKP), Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia.

    Sila layari laman web  http://upu.mohe.gov.my/ untuk keterangan lanjut.

  • Siapakah yang boleh memohon untuk mengikuti Program Asasi UNIMAS?

    Permohonan ke Program Asasi Sains UNIMAS terbuka kepada pelajar lepasan SPM dan memenuhi syarat-syarat kelulusan akademik yang telah ditetapkan (Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / Setaraf dengan mendapat sekurang-kurangnya LIMA ( 5 ) kepujian termasuk Bahasa Melayu).

    Program Asasi  Sains UNIMAS  hanya terbuka kepada calon BUMIPUTERA sahaja.

  • Apakah bentuk pembiayaan yang disediakan kepada pelajar Program Asasi UNIMAS? Di manakah Program Asasi Sains UNIMAS dijalankan?

    Pelajar Program Asasi Sains UNIMAS dijalankan di Pusat Pengajian Pra-Universiti Kampus Timur Universiti Malaysia Sarawak, 94300 Kota Samarahan.

    Pelajar-pelajar yang berjaya memasuki program ini akan diberikan bantuan kewangan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Bantuan ini meliputi pembiayaan seperti berikut:

    • Yuran Pengajian       = RM 350.00 per semester
    • Yuran Asrama          = RM 360.00 per semester
    • Elaun Wang Saku     = RM 1250.00 per semester

      Jumlah Keseluruhan    = RM 1960.00 per semester

    Bantuan bayaran balik tuntutan tiket pengankutan kapat terbang juga dibiayai oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dengan nilai maksimum RM 700 bagi pelajar Semenanjung* dan nilai maksimum RM500 bagi pelajar Sabah*.

    *Tertakluk kepada syarat yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia 

  • Apakah perbezaan antara Program Asasi Sains UNIMAS dengan program matrikulasi Pelajaran Malaysia?

    Program Asasi Sains UNIMAS adalah persediaan untuk meneruskan pengajian di peringkat Sarjana Muda di UNIMAS dan sukatan pelajaran yang akan dipelajari oleh pelajar Program Asasi Sains UNIMAS adalah sejajar dengan sukatan ataupun keperluan yang diperlukan untuk pelajar di Peringkat Sarjana Muda di UNIMAS. Manakala program matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia adalah untuk semua IPTA/IPTS seluruh negara.

  • Setelah tamat pengajian di PPPU, ke manakah saya akan menyambung pelajaran?

    Pelajar boleh meneruskan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di UNIMAS SAHAJA.