Kemasukan Pelajar

Kemasukan

Kemasukan

Dapatkan maklumat berkenaan kemasukan pelajar-pelajar ke Pusat Pengajian Pra-Universiti, Unimas. Merangkumi syarat kemasukan, cara untuk membuat permohonan, kalendar akademik, serta fakulti-fakulti berpotensti setelah pelajar menamatkan pengajian di sini.

Syarat Kemasukan

Syarat Kemasukan (Syarat Am) :

Calon-calon yang ingin memohon hendaklah :

  1. Seorang warganegara Malaysia, dan
  2. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / Setaraf dengan mendapat sekurang-kurangnya LIMA ( 5 ) kepujian termasuk Bahasa Melayu dan Lulus Sejarah.

 

 

Keperluan Khas Program-program di Pusat Pengajian Pra-Universiti :

 

Asasi Sains Hayat ( W0010 ) - 2 Semester
(Terbuka kepada calon bumiputera sahaja)
Mendapat sekurang-kurangnya gred C+ dalam semua matapelajaran berikut:
  • Biology
  • Mathematics
  • Additional Mathematics
  • Physics
  • Chemistry
  • English

 

Asasi Sains Fizikal ( W0020 ) - 2 Semester
(Terbuka kepada calon bumiputera sahaja)
Mendapat sekurang-kurangnya gred C+ dalam semua matapelajaran berikut:
  • Physics
  • Mathematics
  • Additional Mathematics
  • Biology
  • Chemistry
  • English

 

Nota:
Hanya calon yang memiliki kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia tahun semasa sahaja dipertimbangkan untuk kemasukan ke Program Asasi Sains UNIMAS.