Kemudahan

kemudahan png

Kemudahan

Anda boleh mendapatkan info mengenai fasiliti-fasiliti yang terdapat di persekitaran kampus kami di sini. Ketahui juga apa yang terdapat di pusat kami yang akan membantu proses pembelajaran serta aktiviti masa lapang.

Gaya Kehidupan

LiveColor Gaya kehidupan

 

Penginapan copy Penginapan  Makanan copy Makanan  Membeli-belah copy Membeli-belah  Ibadah copy Ibadah  Luar Kampus copy Luar Kampus

Setiap pelajar yang berdaftar di Pusat Pengajian Pra-Universiti UNIMAS akan dapat menikmati dan menggunakan segala kemudahan yang telah disediakan bagi menjamin keselesaan para pelajar di sepanjang perkuliahan. Antara kemudahan tersebut adalah seperti kolej kediaman, bangunan akademik, sukan dan permainan dan sebagainya.

Selain itu, para pelajar juga dapat menggunakan dan menikmati kemudahan-kemudahan seperti Restoran Makanan Segera (KFC, PIZZA HUT, SCR), kedai makan, kedai buku, bank dan sebagainya yang terdapat di Desa Ilmu (bandar yang paling hampir dengan UNIMAS) dalam meneruskan kehidupan seharian di UNIMAS.

Selain Desa Ilmu, UNIMAS juga dihubungkan dengan Bandaraya Kuching yang hanya terletak lebih kurang 18 km (30 minit) dari UNIMAS. Ianya merupakan lokasi kedua yang dapat dikunjungi oleh pelajar selain Desa Ilmu.