Kemudahan

kemudahan png

Kemudahan

Anda boleh mendapatkan info mengenai fasiliti-fasiliti yang terdapat di persekitaran kampus kami di sini. Ketahui juga apa yang terdapat di pusat kami yang akan membantu proses pembelajaran serta aktiviti masa lapang.

Penginapan

LiveColor Gaya kehidupan

 

SleepColor Penginapan  Makanan copy Makanan  Membeli-belah copy Membeli-belah  Ibadah copy Ibadah  Luar Kampus copy Luar Kampus

Bangunan asrama yang diberi nama Kolej Seroja disediakan sebagai tempat penginapan para pelajar PPPU. Ianya dibina berhampiran dengan kampus bagi memudahkan para pelajar sepanjang sesi perkuliahan. Segala kelengkapan asas seperti katil, almari, meja, kerusi juga turut disediakan bagi keselesaan para pelajar.

Kolej Seroja mempunyai lima buah kediaman dua tingkat iaitu Blok A, Blok B, Blok M, Blok N dan Blok P. Setiap Blok A dan Blok B mempunyai 152 buah bilik yang mana setiap bilik boleh memuatkan seramai empat orang pelajar. Manakala Blok M, Blok N dan Blok P pula mempunyai 52 buah bilik yang boleh memuatkan dua orang pelajar dalam satu bilik. Bagi pelajar siswi, mereka akan ditempatkan di Blok A dan Blok B. Manakala Blok M, Blok N dan Blok P diperuntukkan untuk pelajar siswa.

Antara kemudahan yang terdapat di Kolej Seroja untuk keselesaan para pelajar ialah:-

• Bilik Mesyuarat
• Bilik Belajar
• Bilik Gerakan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPK)
• Ruang legar untuk perbincangan
• Bilik Gunasama
• Bilik TV
• Sistem Internet Tanpa Wayar (Wi-fi)