Kemudahan

kemudahan png

Kemudahan

Anda boleh mendapatkan info mengenai fasiliti-fasiliti yang terdapat di persekitaran kampus kami di sini. Ketahui juga apa yang terdapat di pusat kami yang akan membantu proses pembelajaran serta aktiviti masa lapang.

Riadah

PlayColor Riadah

Untuk mengisi masa luang atau masa beriadah para pelajar , beberapa kemudahan sukan turut disediakan antaranya:-

UNIMAS Kampus Timur (PPPU)

• Kompleks Sukan
• Gelanggang Bola Keranjang; Sepak Takraw; Futsal; Bola Tampar.
• Gimnasium

Para pelajar PPPU juga berpeluang menikmati kemudahan sukan yang terdapat di kampus barat antaranya:-

UNIMAS Kampus Barat

• Kompleks Sukan: Stadium, Trek Balapan, Kolam Renang, Gelanggang Futsal dan Badminton tertutup; Bola Keranjang; Bola Sepak; Sepak  Takraw; Bola Tampar; Tenis dan Skuasy.
• Tasik UNIMAS: Berkayak, Berperahu, Aktiviti Rekreasi Air.
• Pusat Bowling UNIMAS
• Gimnasium

Perpustakaan

LearnColor Pembelajaran

Lecture Kuliah & tutorial  ResourceColor Perpustakaan  Search Teknologi maklumat  Experiment Makmal Sains

Kemudahan perpustakaan di UNIMAS dipanggil CAIS. CAIS adalah singkatan daripada Centre for Academic Infromation Services. CAIS UNIMAS berfungsi sebagai Pusat Ilmu Pengetahuan (Knowledge Centre). UNIMAS mempunyai 3 buah perpustakaan iaitu:-

• CAIS (Kampus Barat, Kota Samarahan)
• CAIS PPPU (Kampus Timur, Kota Samarahan)
• Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan (Kuching)

CAIS PPPU dianggarkan mempunyai lebih 3,000 ribu buah buku yang boleh dijadikan rujukan oleh para pelajarnya.

CAIS PPPU juga mempunyai beberapa kemudahan yang disediakan untuk para pelajar antaranya:-

• Makmal komputer
• Loker
• Sistem keselamatan elektronik
• Sistem internet tanpa wayar (Wi-fi)

Selain itu, perkhidmatan yang ditawarkan oleh CAIS PPPU untuk para pelajar ialah:-

• Peminjaman buku
• Percetakan

Walaubagaimanapun, para pelajar PPPU juga boleh menikmati segala kemudahan yang ditawarkan di CAIS Kampus Barat dan juga Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan di Kuching sekiranya perlu.

Kuliah & Tutorial

LearnColor Pembelajaran

LectureColor Kuliah & tutorial  Resource Perpustakaan  Search Teknologi maklumat  Experiment Makmal Sains

Di PPPU, UNIMAS juga terdapat kemudahan Dewan Kuliah untuk kemudahan para pelajar semasa proses pembelajaran berlangsung. Terdapat 7 Dewan Kuliah iaitu DK1, DK2, DK3, DK4, DK5, DK6 dan DK7 yang boleh memuatkan lebih kurang 100 orang pelajar pada satu-satu masa. Selain itu, terdapat juga 3 Dewan Kuliah Asasi (DKA1, 2, dan 3) sebagai tambahan daripada dewan kuliah yang sedia ada.