Kemudahan

kemudahan png

Kemudahan

Anda boleh mendapatkan info mengenai fasiliti-fasiliti yang terdapat di persekitaran kampus kami di sini. Ketahui juga apa yang terdapat di pusat kami yang akan membantu proses pembelajaran serta aktiviti masa lapang.

Pembelajaran

LearnColor Pembelajaran

Lecture Kuliah & tutorial  Resource Perpustakaan  Search Teknologi maklumat  Experiment Makmal Sains

Setiap pelajar yang berdaftar dengan PPPU UNIMAS akan dapat menikmati dan menggunakan segala kemudahan akademik yang telah disediakan bagi menjamin keselesaan dan kualiti para pelajar di sepanjang pengajian.

Di PPPU UNIMAS para pelajar akan didedahkan dengan pelbagai teori dan praktikal yang berguna dalam bidang pengajian mereka. Problem Based Learning (PBL), latihan amali, tutorial dan slot kuliah yang berkualiti diberikan kepada para pelajar sebagai pelengkap kepada ilmu pengetahuan yang diperolehi semasa di PPPU dan seterusnya digunakan pada peringkat pengajian Ijazah.