Pelajar

kejayaan

Pelajar

Informasi penting bagi pelajar semasa kami boleh didapati di sini seperti kalendar, peraturan dan panduan akademik. Dapatkan juga testimoni daripada bekas pelajar kami yang kini telah menyambung pengajian mereka ke bidang yang mereka inginkan.

Abg Mohd Elna Affizi Abg Let

AMEAAL
 
   Nama : Abg Mohd Elna Affizi bin Abg Let
   Bangsa : Melayu
   Program : Asasi Sains Fizikal
   Fakulti : Kejuruteraan
   Jurusan : Kejuruteraan Mekanikal Dan Pembuatan
   Sesi : 2011/2012

Testimoni:

Inilah ceritaku ,bermula di Pusat Pengajian Pra-Universiti UNIMAS. Pada mulanya saya mengalami kejutan budaya. Mana tidaknya, selama ini, saya belajar bagai disuap oleh guru-guruku. Apabila tiba di pusat asasi, semuanya berubah. Pensyarah menghidangkan ilmu dan kami sendiri yang menyuapkannya. Saya berasa sedikit kaku pada awalnya tapi lama kelamaan ia menjadi asam garam kehidupan di sini. Banyak kemudahan yang disediakan seperti kemudahan internet, perpustakaan (CAIS) dan peralatan sukan yang memudahkan lagi kehidupan seharian. Terpulang kepada setiap pelajar bagaimana untuk memanfaatkan kemudahan-kemudahan yang telah diberikan.

Tambahan pula, kedudukan kolej yang berdekatan dengan dewan kuliah memudahkan lagi pergerakan sehari-hari untuk ke kelas. Banyak kelebihan yang dapat saya perolehi sebagai pelajar Pra-Universiti UNIMAS. Antaranya, mengajar saya erti berdikari, cara berkomunikasi dengan rakan sekeliling dan dapat cuba mengadaptasikan diri dengan suasana persekitaran. Menjadi pelajar Pra-Universiti UNIMAS mengajar saya menjadi lebih matang dan paling penting, mengajar saya menjadi seorang yang bergelar ‘Insan’. Sekian.

2011/2012

Abg Mohd Elna Affizi bin Abg Let  Adi Badri bin Adzhar  Angelesa Runin ak Unggit  Fatin Arina binti Matusin Fatin Najihah binti Muhd Lutfi   Genevie Sara Surang Izzah Nilamsyukriah binti Buang   Khairunnisa binti Auma  Khairunnisa binti Mohd Zim
Mohamad Abid bin Kamaruzzaman  Muhammad Khairulanam bin Zakaria  Muhammad Zaid bin Nasir  Norfarhana binti Mazlan Nur Izzul Haziq bin Jamaluddin   Nur Muhammad bin Muhamad Zanini Nurul Aufa binti Ab Majid   Nurul Syamimi binti Bohari  Paul Jerrison anak Mandin