Pelajar

kejayaan

Pelajar

Informasi penting bagi pelajar semasa kami boleh didapati di sini seperti kalendar, peraturan dan panduan akademik. Dapatkan juga testimoni daripada bekas pelajar kami yang kini telah menyambung pengajian mereka ke bidang yang mereka inginkan.

Adi Badri bin Adzhar

ABA
 
   Nama
:
Adi Badri bin Adzhar
   Bangsa
:
Melayu
   Program
:
Asasi Sains Fizikal
   Fakulti
:
Fakulti Sains Kognitif Dan Pembangunan Manusia
   Jurusan
:
Pembangunan Sumber Manusia
   Sesi
:
2011/2012

Testimoni:

Bergelar pelajar Pra-Universiti UNIMAS merupakan suatu kebanggaan bagi saya. Banyak kenangan pahit dan manis yang telah di lalui yang mengajar saya erti hidup. Suasana pembelajaran yang berbeza seperti sebelum ini, yang tidak terlalu formal di mana tiada uniform, jadual belajar yang tidak terlalu padat dan tiada lagi kerja rumah. Semuanya bergantung kepada individu masing-masing untuk mengatur hidup sendiri. Selain itu, terdapat juga banyak kemudahan disediakan seperti internet jalur lebar, kemudahan bilik belajar 24 jam, kemudahan komputer dan banyak lagi. Kemudahan-kemudahan tersebut sangat membantu saya dalam pelajaran dan memudahkan saya untuk menyiapkan segala tugasan yang diberikan.

Sekarang setelah melanjutkan pengajian dalam bidang ijazah sarjana muda, saya telah menyedari banyak kelebihan menjadi pelajar Pra-Universiti UNIMAS seperti saya mempunyai pengalaman dan mengetahui lebih banyak tentang latar belakang UNIMAS. Dan yang paling ketara adalah kelebihan mempunyai ramai kenalan semasa melanjutkan pelajaran di peringkat pra-siswazah di mana kawan-kawan daripada Pra-Universiti UNIMAS majoritinya melanjutkan pelajaran mereka di UNIMAS.

 

2011/2012

Abg Mohd Elna Affizi bin Abg Let  Adi Badri bin Adzhar  Angelesa Runin ak Unggit  Fatin Arina binti Matusin Fatin Najihah binti Muhd Lutfi   Genevie Sara Surang Izzah Nilamsyukriah binti Buang   Khairunnisa binti Auma  Khairunnisa binti Mohd Zim
Mohamad Abid bin Kamaruzzaman  Muhammad Khairulanam bin Zakaria  Muhammad Zaid bin Nasir  Norfarhana binti Mazlan Nur Izzul Haziq bin Jamaluddin   Nur Muhammad bin Muhamad Zanini Nurul Aufa binti Ab Majid   Nurul Syamimi binti Bohari  Paul Jerrison anak Mandin