Pelajar

kejayaan

Pelajar

Informasi penting bagi pelajar semasa kami boleh didapati di sini seperti kalendar, peraturan dan panduan akademik. Dapatkan juga testimoni daripada bekas pelajar kami yang kini telah menyambung pengajian mereka ke bidang yang mereka inginkan.

Angelesa Runin ak Unggit

ARU

   Nama : Angelesa Runin ak Unggit
   Bangsa : Iban
   Program : Asasi Sains Hayat
   Fakulti : Sains dan Teknologi Sumber
   Jurusan : Sains dan Pengurusan Sumber Haiwan
   Sesi : 2011/2012
 
 
Testimoni:

Program pengajian Pra-Universiti UNIMAS merupakan program yang sangat menarik kerana sistem pembelajarannya yang berbeza dan lebih spesifik ke arah meneruskan pengajian ke prasiswazah di UNIMAS. Hal ini kerana kebanyakan asas pembelajaran bagi setiap matapelajaran yang diambil merupakan sukatan pelajaran yang sudah ditentukan oleh pihak UNIMAS. Ini membuatkan kami lebih mudah untuk faham dalam pembelajaran apabila berada di fakulti.

Kemudahan-kemudahan yang disediakan juga amat memuaskan dan membantu para pelajar serta pensyarah dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Program ini juga mempunyai tenaga pengajar dan kakitangan yang bertauliah dari segi pengajaran dan pengalaman. Mereka sangat senang untuk ditegur dan mesra. Satu janji yang pasti sepanjang melalui program ini, anda pasti tidak akan melupakan pengalaman anda sebagai pelajar asasi yang gigih mencari ilmu bersama rakan-rakan dengan bantuan tenaga pengajar dan disertai doa keluarga yang tercinta demi mencapai kejayaan pada masa depan.

2011/2012

Abg Mohd Elna Affizi bin Abg Let  Adi Badri bin Adzhar  Angelesa Runin ak Unggit  Fatin Arina binti Matusin Fatin Najihah binti Muhd Lutfi   Genevie Sara Surang Izzah Nilamsyukriah binti Buang   Khairunnisa binti Auma  Khairunnisa binti Mohd Zim
Mohamad Abid bin Kamaruzzaman  Muhammad Khairulanam bin Zakaria  Muhammad Zaid bin Nasir  Norfarhana binti Mazlan Nur Izzul Haziq bin Jamaluddin   Nur Muhammad bin Muhamad Zanini Nurul Aufa binti Ab Majid   Nurul Syamimi binti Bohari  Paul Jerrison anak Mandin