Pelajar

kejayaan

Pelajar

Informasi penting bagi pelajar semasa kami boleh didapati di sini seperti kalendar, peraturan dan panduan akademik. Dapatkan juga testimoni daripada bekas pelajar kami yang kini telah menyambung pengajian mereka ke bidang yang mereka inginkan.

Fatin Arina binti Matusin

FAM

   Nama : Fatin Arina binti Matusin
   Bangsa : Kedayan
   Program : Asasi Sains Hayat
   Fakulti : Sains dan Teknologi Sumber
   Jurusan : Kimia Sumber
   Sesi : 2011/2012

Testimoni:

Bismillahirrahmanirrahim. Setelah tawaran dari pusat pengajian Pra-Universiti UNIMAS diterima walaupun bukan dengan sepenuh hati, ternyata keputusan tersebut tidak memberi penyesalan kepada diri saya. Pernyataan yang selalu diungkapkan kepada kami, pelajar Pra-Universiti UNIMAS, “Sebelah kaki kamu sudah berada di universiti”. Menjadi pelajar asasi selama setahun memberi pengalaman yang tidak ternilai dalam kamus kehidupan saya. Sebagai pelajar asasi yang menjalani kehidupan sebagai pelajar universiti, kehidupan yang sangat bebas memberi sedikit kejutan pada mulanya namun menjadikan saya lebih matang dan pandai berdikari. Apabila menjadi pelajar asasi, hanya jadual kelas sahaja yang perlu dituruti tetapi untuk mendapatkan ilmu yang lebih dan kefahaman yang mendalam dalam suatu topik, pelajar hendaklah rajin untuk menemui pensyarah atau tutor.

Masa untuk mengulangkaji pelajaran, membuat tugasan, kerja berkumpulan dan urusan kendiri perlu diatur dengan bijaknya. Bagi saya, belajar di bilik lebih selesa berbanding di tempat lain. Bilik di kolej kediaman asasi sangat selesa dan boleh memuatkan beberapa orang dalam satu masa untuk belajar berkumpulan. Selain itu, kemudahan untuk beriadah di waktu petang amat memuaskan kerana terdapatnya kompleks sukan di kampus pra-universiti. Sebagai penutup, menjadi pelajar asasi memberikan kelebihan setelah memasuki program ijazah sarjana muda. Antaranya, silibus yang telah dipelajari semasa asasi adalah daripada fakulti menjadikan kami sudah mempunyai asas yang kukuh untuk menyambung pelajaran, kesibukan yang dialami semasa asasi menjadikan kami matang dalam pengurusan masa, terutama sekali menangani dan mengatasi masalah dalam pergaulan sahabat baru, stress, ‘homesickness’, serta masalah kewangan.

2011/2012

Abg Mohd Elna Affizi bin Abg Let  Adi Badri bin Adzhar  Angelesa Runin ak Unggit  Fatin Arina binti Matusin Fatin Najihah binti Muhd Lutfi   Genevie Sara Surang Izzah Nilamsyukriah binti Buang   Khairunnisa binti Auma  Khairunnisa binti Mohd Zim
Mohamad Abid bin Kamaruzzaman  Muhammad Khairulanam bin Zakaria  Muhammad Zaid bin Nasir  Norfarhana binti Mazlan Nur Izzul Haziq bin Jamaluddin   Nur Muhammad bin Muhamad Zanini Nurul Aufa binti Ab Majid   Nurul Syamimi binti Bohari  Paul Jerrison anak Mandin