Pelajar

kejayaan

Pelajar

Informasi penting bagi pelajar semasa kami boleh didapati di sini seperti kalendar, peraturan dan panduan akademik. Dapatkan juga testimoni daripada bekas pelajar kami yang kini telah menyambung pengajian mereka ke bidang yang mereka inginkan.

Izzah Nilamsyukriah binti Buang

INB

   Nama : Izzah Nilamsyukriah binti Buang
   Bangsa : Melayu
   Program : Asasi Sains Hayat
   Fakulti : Perubatan dan Sains Kesihatan
   Jurusan : Perubatan
   Sesi : 2011/2012

Testimoni:

Menjadi sebahagian daripada keluarga Pusat Pengajian Pra-Universiti UNIMAS merupakan satu kelebihan buat diri saya. Banyak perkara baru yang dipelajari dan diperoleh lebih-lebih lagi dari segi hubungan persahabatan yang sangat akrab antara rakan seperjuangan. Mungkin kerana banyak aktiviti yang dianjurkan oleh pihak Pra-Universiti, yang memberikan banyak pengalaman berguna buat kami. Pertama kali duduk berjauhan daripada keluarga sangat mengajar saya untuk lebih berdikari. Cara pembelajaran di UNIMAS yang agak berbeza berbanding institusi pengajian yang lain iaitu lebih kepada pembelajaran secara dua hala dan tugasan-tugasan seperti pembentangan dan aktiviti luar yang dijalankan mendidik kami untuk lebih berkeyakinan terutama ketika berhadapan dengan orang ramai.

Silibus pelajaran sewaktu di Pra-Universiti juga sangat membantu kami ketika berada di peringkat pra-siswazah kerana tajuk-tajuk yang diajar begitu  memenuhi kriteria-kriteria pembelajaran di fakulti. Kemudahan seperti perpustakaan (CAIS), makmal komputer, WiFi dan kemudahan-kemudahan lain seperti peralatan sukan untuk riadah amat memberi kesenangan dan menjadikan keperluan kami lebih lengkap di sini. Kelebihan utama sebagai pelajar Pra-Universiti, UNIMAS adalah kami telah disenarai pendek terus sebagai pelajar pra-siswazah UNIMAS tanpa perlu menjalani pelbagai prosedur permohonan seperti pelajar-pelajar asasi atau matrikulasi yang lain. Kami juga lebih arif tentang selok-belok kehidupan di UNIMAS dan suasana pembelajaran di sini menjadikan kami lebih selesa serta mudah untuk menyesuaikan diri setelah berada di fakulti

2011/2012

Abg Mohd Elna Affizi bin Abg Let  Adi Badri bin Adzhar  Angelesa Runin ak Unggit  Fatin Arina binti Matusin Fatin Najihah binti Muhd Lutfi   Genevie Sara Surang Izzah Nilamsyukriah binti Buang   Khairunnisa binti Auma  Khairunnisa binti Mohd Zim
Mohamad Abid bin Kamaruzzaman  Muhammad Khairulanam bin Zakaria  Muhammad Zaid bin Nasir  Norfarhana binti Mazlan Nur Izzul Haziq bin Jamaluddin   Nur Muhammad bin Muhamad Zanini Nurul Aufa binti Ab Majid   Nurul Syamimi binti Bohari  Paul Jerrison anak Mandin