Pelajar

kejayaan

Pelajar

Informasi penting bagi pelajar semasa kami boleh didapati di sini seperti kalendar, peraturan dan panduan akademik. Dapatkan juga testimoni daripada bekas pelajar kami yang kini telah menyambung pengajian mereka ke bidang yang mereka inginkan.

Khairunnisa binti Auma

KA

   Nama : Khairunnisa binti Auma
   Bangsa : Melayu
   Program : Asasi Sains Hayat
   Fakulti : Sains dan Teknologi Sumber
   Jurusan : Bioteknologi Sumber
   Sesi : 2011/2012

Testimoni:

Pengalaman selama setahun di Pra-Universiti UNIMAS, banyak memberi saya kelebihan terutamanya setelah masuk ke peringkat ijazah sarjana muda. Selain itu, menjadi pelajar pra-universiti selama setahun memberi pengalaman merasai budaya hidup di kampus berbanding dengan pelajar lulusan matrikulasi, diploma, politeknik mahupun STPM. Pelajar Pra-Universiti UNIMAS telah merasai budaya, cara hidup dan sosial di universiti. Bak kata orang, "sebelah kaki pelajar Asasi sudah berada di universiti" kerana peluang menyambung ke peringkat sarjana muda amat cerah.

Cara belajar bagi pelajar Pra-Universiti UNIMAS sangat memenatkan. Kami perlu bersaing untuk mendapatkan kos pilihan kami memandangkan kami dikatakan bakal mendapat tempat di UNIMAS. Bagi pelajar Sains Hayat, kebanyakan pelajar ingin mendapatkan tempat di Fakulti Perubatan. Di samping itu, kemudahan untuk melakukan eksperimen, kajian, informasi, isu-isu terbaru amat mudah disebabkan silibus pelajar Pra-Universiti UNIMAS diperoleh dan disusun daripada fakulti-fakulti di kampus utama. Tambahan pula, ilmu yang diperoleh semasa asasi dulu sangat berguna ketika menyambung pelajaran di peringkat lebih tinggi kelak.

2011/2012

Abg Mohd Elna Affizi bin Abg Let  Adi Badri bin Adzhar  Angelesa Runin ak Unggit  Fatin Arina binti Matusin Fatin Najihah binti Muhd Lutfi   Genevie Sara Surang Izzah Nilamsyukriah binti Buang   Khairunnisa binti Auma  Khairunnisa binti Mohd Zim
Mohamad Abid bin Kamaruzzaman  Muhammad Khairulanam bin Zakaria  Muhammad Zaid bin Nasir  Norfarhana binti Mazlan Nur Izzul Haziq bin Jamaluddin   Nur Muhammad bin Muhamad Zanini Nurul Aufa binti Ab Majid   Nurul Syamimi binti Bohari  Paul Jerrison anak Mandin