Pelajar

kejayaan

Pelajar

Informasi penting bagi pelajar semasa kami boleh didapati di sini seperti kalendar, peraturan dan panduan akademik. Dapatkan juga testimoni daripada bekas pelajar kami yang kini telah menyambung pengajian mereka ke bidang yang mereka inginkan.

Khairunnisa’ binti Mohd Zim

KMZ

   Nama : Khairunnisa' binti Mohd Zim 
   Bangsa : Melayu
   Program : Asasi Sains Hayat
   Fakulti : Sains dan Teknologi Sumber
   Jurusan : Kimia Sumber
   Sesi : 2011/2012

Testimoni:

Menjadi pelajar Pra-Universiti UNIMAS merupakan permulaan yang sangat teratur bagi mereka yang akan melanjutkan pelajaran sebagai mahasiswa di UNIMAS. Setahun saya menjadi pelajar Pra-Universiti UNIMAS telah membuatkan saya “survive” dalam erti kata lain dapat membiasakan diri dengan cara belajar di alam kampus. Hal ini demikian kerana, kebanyakan tenaga pengajar di Pusat Pengajian Pra-Universiti merupakan bekas pelajar yang pernah menuntut di UNIMAS sebelum ini. Jadi, kebanyakan daripada mereka mengajar kami sebagaimana mereka diajar sewaktu menjadi mahasiwa dahulu.

Untuk memastikan kami memahami tajuk-tajuk yang diajar, tutorial dan kuiz sentiasa dijalankan bagi menguji tahap pemahaman dan ingatan kami. Kami bukan sahaja diajar melalui teori semata-mata, malahan secara praktikal juga. Teknik pengajaran sebegini adalah amat perlu bagi sesiapa yang bercita-cita melanjutkan pelajaran sebagai pelajar perubatan ataupun jurutera di UNIMAS. Apabila saya sudah menjadi pelajar pra-siswazah di sini, saya dapati kebanyakan tajuk yang diajar hampir sama sewaktu di pra-universiti dahulu. Nota-nota sewaktu di pra-universiti amatlah berguna bagi memastikan saya dapat bersedia sebelum menghadiri kuliah. Akhir kata, saya bangga menjadi warga Pra-Universiti UNIMAS

2011/2012

Abg Mohd Elna Affizi bin Abg Let  Adi Badri bin Adzhar  Angelesa Runin ak Unggit  Fatin Arina binti Matusin Fatin Najihah binti Muhd Lutfi   Genevie Sara Surang Izzah Nilamsyukriah binti Buang   Khairunnisa binti Auma  Khairunnisa binti Mohd Zim
Mohamad Abid bin Kamaruzzaman  Muhammad Khairulanam bin Zakaria  Muhammad Zaid bin Nasir  Norfarhana binti Mazlan Nur Izzul Haziq bin Jamaluddin   Nur Muhammad bin Muhamad Zanini Nurul Aufa binti Ab Majid   Nurul Syamimi binti Bohari  Paul Jerrison anak Mandin