Pelajar

kejayaan

Pelajar

Informasi penting bagi pelajar semasa kami boleh didapati di sini seperti kalendar, peraturan dan panduan akademik. Dapatkan juga testimoni daripada bekas pelajar kami yang kini telah menyambung pengajian mereka ke bidang yang mereka inginkan.

Mohamad Abid bin Kamaruzzaman

MAK

   Nama : Mohamad Abid bin Kamaruzzaman
   Bangsa : Melayu
   Program : Asasi Sains Hayat
   Fakulti : Sains dan Teknologi Sumber
   Jurusan : Sains dan Pengurusan Sumber Haiwan
   Sesi : 2011/2012

Testimoni:

Kehidupan di Pra-Universiti UNIMAS telah membuka satu lembaran kain untuk saya mencorakkannya menjadi satu kenangan yang hanya sekali dalam seumur hidup. Berbekalkan azam yang kuat, saya memulakan langkah buat pertama kalinya menjejakkan kaki di bumi Sarawak. Saya amat bersyukur kerana pelbagai kemudahan disediakan di sini. Antaranya adalah perpustakaan (CAIS) yang sangat hampir dengan dewan kuliah, kompleks sukan, kedai runcit dan sebagainya. Sesetengah pelajar Asasi mengatakan kemudahan di sini agak terhad dan susah untuk mendapatkannya. Bagi saya, jika seseorang itu memikirkan sesuatu yang positif mengenai sesuatu perkara, maka tidak akan timbul satu bentuk ‘mind set’ dalam pemikirannya perasaan susah dan tidak boleh.

Suasana pembelajaran di sini amatlah selesa. Kedudukan dewan kuliah yang berhampiran dengan kolej memudahkan pelajar untuk berulang-alik. Pihak UNIMAS juga telah menambah bilangan ‘modem’ wifi di Kolej Seroja yang merupakan kolej kediaman bagi pelajar-pelajar Pra-Universiti UNIMAS. Jadi, ‘internet’ tidak lagi menjadi satu masalah besar. Pensyarah-pensyarah di sini kebanyakannya muda-muda semuanya. Mereka sangat mesra dengan pelajar dan mereka juga merupakan mentor yang sangat baik. Masalah pelajar dalam pembelajaran dapat diatasi kerana mereka faham dengan situasi pembelajaran zaman sekarang. Di UNIMAS juga mempunyai satu laman sesawang yang dikenali sebagai ‘Morpheus’  memudahkan pelajar untuk mendapatkan nota-nota pensyarah semasa dalam kuliah. Pusat Pengajian Pra-Universiti UNIMAS memberi satu kelainan yang mungkin tidak ada ditempat lain. Bagi mereka yang jauh, penghijrahan ke arah kebaikan (menuntut ilmu) merupakan satu perubahan dalam hidup dan penghijrahan itu akan dipayungi dengan rahmat oleh Allah SWT. Sekian, terima kasih.

2011/2012

Abg Mohd Elna Affizi bin Abg Let  Adi Badri bin Adzhar  Angelesa Runin ak Unggit  Fatin Arina binti Matusin Fatin Najihah binti Muhd Lutfi   Genevie Sara Surang Izzah Nilamsyukriah binti Buang   Khairunnisa binti Auma  Khairunnisa binti Mohd Zim
Mohamad Abid bin Kamaruzzaman  Muhammad Khairulanam bin Zakaria  Muhammad Zaid bin Nasir  Norfarhana binti Mazlan Nur Izzul Haziq bin Jamaluddin   Nur Muhammad bin Muhamad Zanini Nurul Aufa binti Ab Majid   Nurul Syamimi binti Bohari  Paul Jerrison anak Mandin