Pelajar

kejayaan

Pelajar

Informasi penting bagi pelajar semasa kami boleh didapati di sini seperti kalendar, peraturan dan panduan akademik. Dapatkan juga testimoni daripada bekas pelajar kami yang kini telah menyambung pengajian mereka ke bidang yang mereka inginkan.

Muhammad Khairulanam bin Zakaria

MKZ

   Nama : Muhammad Khairulanam bin Zakaria
   Bangsa : Melayu
   Program : Asasi Sains Hayat
   Fakulti : Sains dan Teknologi Sumber
   Jurusan : Sains dan Pengurusan Sumber Haiwan
   Sesi : 2011/2012

Testimoni:

Alhamdulillah, saya amat bersyukur kepada Allah dan amat berbangga kerana terpilih untuk meneruskan pengajian di Pusat Pengajian Pra-Universiti UNIMAS. Walaupun mendapat tawaran di matrik Melaka, tetapi disebabkan perasaan teruja untuk belajar di bumi kenyalang dan ditambah dengan sokongan keluarga, akhirnya berjaya juga saya menjejakkan kaki ke UNIMAS. Sekarang sudah setahun bergelar pelajar asasi UNIMAS, banyak perkara dan pengalaman yang saya sudah lalui. Kehidupan pelajar asasi tidaklah sama seperti kehidupan pelajar di matrikulasi, benar-benar berlainan. Pelajar matrik perlu memakai pakaian kemas (berkemeja) sepanjang masa, akan tetapi pelajar asasi hanya perlu memakai pakaian biasa seperti pelajar universiti yang lain.

Suasana pembelajaran hampir sama dengan pembelajaran di matrik iaitu belajar seawal pukul 8.00 pagi dan berakhir pada pukul 5.00 petang. Mengenai kemudahan yang disediakan amatlah memuaskan. Segala kelengkapan bersukan dan banyak lagi kelengkapan lain dapat diperoleh di sini. Bagi adik-adik yang ingin mengenali lebih lanjut dan ingin mempelajari budaya Sarawak, anda amat-amatlah digalakkan untuk menyambung pengajian anda di Pusat pengajian Pra-Universiti UNIMAS. UNIMAS merupakan antara universiti yang terkenal bukan setakat di Malaysia malah di seluruh dunia. Oleh itu, amatlah rugi sekiranya adik-adik tidak menjadikan pilihan untuk belajar di asasi UNIMAS sebagai pilihan pertama. 

2011/2012

Abg Mohd Elna Affizi bin Abg Let  Adi Badri bin Adzhar  Angelesa Runin ak Unggit  Fatin Arina binti Matusin Fatin Najihah binti Muhd Lutfi   Genevie Sara Surang Izzah Nilamsyukriah binti Buang   Khairunnisa binti Auma  Khairunnisa binti Mohd Zim
Mohamad Abid bin Kamaruzzaman  Muhammad Khairulanam bin Zakaria  Muhammad Zaid bin Nasir  Norfarhana binti Mazlan Nur Izzul Haziq bin Jamaluddin   Nur Muhammad bin Muhamad Zanini Nurul Aufa binti Ab Majid   Nurul Syamimi binti Bohari  Paul Jerrison anak Mandin