Pelajar

kejayaan

Pelajar

Informasi penting bagi pelajar semasa kami boleh didapati di sini seperti kalendar, peraturan dan panduan akademik. Dapatkan juga testimoni daripada bekas pelajar kami yang kini telah menyambung pengajian mereka ke bidang yang mereka inginkan.

Muhammad Zaid bin Nasir

MZN

   Nama : Muhammad Zaid bin Nasir
   Bangsa : Melayu
   Program : Asasi Sains Hayat
   Fakulti : Sains dan Teknologi Sumber
   Jurusan : Sains Akuatik
   Sesi : 2011/2012

Testimoni:

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulillah. Saya rasa sangat bersyukur dan bertuah kerana ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran di Pusat Pengajian Pra-Universiti UNIMAS. Apa yang menarik saya untuk masuk ke Pra-Universiti UNIMAS ialah cara pembelajaran. Di Pusat Pengajian Pra-Universiti UNIMAS, jadual pembelajarannya tidaklah begitu padat berbanding di Matrikulasi. Kami di Pra-Universiti UNIMAS tidak perlu berkumpul setiap pagi sebelum bergerak ke kelas.Kami juga tidak perlu memakai pakaian kemeja beserta tali leher ke kelas. Kami bebas berpakaian tetapi masih berpandukan etika pemakaian yang telah disediakan. Selain itu, kami tidak perlu menunggu waktu-waktu tertentu untuk keluar kerana kami bebas untuk keluar dari kawasan universiti pada bila-bila masa sahaja.

Banyak kemudahan yang disediakan terutamanya perpustakaan (CAIS), perkhidmatan computer dan WiFi yang sangat membantu dalam proses pembelajaran. Tambahan pula, kami di Pra-Universiti UNIMAS tidak perlu lagi mengisi borang UPU kerana kami akan tetap mendapat tempat di UNIMAS untuk program ijazah kelak. Kelebihan lain ialah kami tidak perlu mengambil subjek persediaan bahasa Inggeris dan juga Teknologi Maklumat sekiranya kami lulus dalam subjek tersebut di Pusat Pengajian Pra-Universiti UNIMAS. Asasi juga mengajar saya untuk hidup lebih berdikari dan menjadikan saya lebih besifat matang dalam segala hal. 

2011/2012

Abg Mohd Elna Affizi bin Abg Let  Adi Badri bin Adzhar  Angelesa Runin ak Unggit  Fatin Arina binti Matusin Fatin Najihah binti Muhd Lutfi   Genevie Sara Surang Izzah Nilamsyukriah binti Buang   Khairunnisa binti Auma  Khairunnisa binti Mohd Zim
Mohamad Abid bin Kamaruzzaman  Muhammad Khairulanam bin Zakaria  Muhammad Zaid bin Nasir  Norfarhana binti Mazlan Nur Izzul Haziq bin Jamaluddin   Nur Muhammad bin Muhamad Zanini Nurul Aufa binti Ab Majid   Nurul Syamimi binti Bohari  Paul Jerrison anak Mandin