Pelajar

kejayaan

Pelajar

Informasi penting bagi pelajar semasa kami boleh didapati di sini seperti kalendar, peraturan dan panduan akademik. Dapatkan juga testimoni daripada bekas pelajar kami yang kini telah menyambung pengajian mereka ke bidang yang mereka inginkan.

Norfarhana binti Mazlan

NM

   Nama : Norfarhana binti Mazlan
   Bangsa : Melayu
   Program : Asasi Sains Hayat
   Fakulti : Sains dan Teknologi Sumber
   Jurusan : Sains dan Pengurusan Sumber Haiwan
   Sesi : 2011/2012

Testimoni:

Keputusan untuk menyambung pengajian di Pusat Pengajian Pra-Universiti UNIMAS mungkin bukan menjadi pilihan kebanyakan pelajar se-usia saya atas alasan UNIMAS tidak tergolong dalam kategori universiti ternama di Malaysia. Namun, pengalaman selama setahun bergelar pelajar di sini jelas telah mengubah cara pemikiran dan budaya hidup saya kearah yang lebih matang. Konsep pembelajaran yang diketengahkan di sini, yang lebih memfokuskan kepada ‘Self-centered Learning’ sangat mendidik pelajar untuk menjadi seorang yang lebih berdikari dalam usaha untuk mencari maklumat-maklumat tambahan sebagai bahan rujukan selain nota-nota dan bahan pembelajaran yang diberikan oleh pensyarah sewaktu dalam kuliah.

Suasana pembelajaran yang kondusif dan kemudahan-kemudahan lain seperti perpustakaan (CAIS) serta kemudahan komputer dan internet, amat membantu para pelajar dalam memperoleh informasi secara maksima bagi mempermudah proses pembelajaran. Penyediaan laman sesawang ‘Morpheus’ merupakan satu langkah yang sangat efisien untuk menyampaikan maklumat pembelajaran dan sebagai medium penghubung antara tenaga pengajar dan pelajar itu sendiri. Tambahan lagi, keprihatinan para pensyarah terhadap pelajar adalah satu titik tolak dalam memastikan keberkesanan teknik pembelajaran dan menjamin keputusan yang memberangsangkan sepanjang masa. Saya mengharapkan agar Pusat Pengajian Pra-Universiti UNIMAS mampu melahirkan ramai pelajar yang lebih terkehadapan dalam proses menimba ilmu sekaligus mencipta nama seiring dengan universiti-universiti terkemuka lain di negara ini. “When they say ASASI, we say ALL IS WELL.”

2011/2012

Abg Mohd Elna Affizi bin Abg Let  Adi Badri bin Adzhar  Angelesa Runin ak Unggit  Fatin Arina binti Matusin Fatin Najihah binti Muhd Lutfi   Genevie Sara Surang Izzah Nilamsyukriah binti Buang   Khairunnisa binti Auma  Khairunnisa binti Mohd Zim
Mohamad Abid bin Kamaruzzaman  Muhammad Khairulanam bin Zakaria  Muhammad Zaid bin Nasir  Norfarhana binti Mazlan Nur Izzul Haziq bin Jamaluddin   Nur Muhammad bin Muhamad Zanini Nurul Aufa binti Ab Majid   Nurul Syamimi binti Bohari  Paul Jerrison anak Mandin