Pelajar

kejayaan

Pelajar

Informasi penting bagi pelajar semasa kami boleh didapati di sini seperti kalendar, peraturan dan panduan akademik. Dapatkan juga testimoni daripada bekas pelajar kami yang kini telah menyambung pengajian mereka ke bidang yang mereka inginkan.

Paul Jerrison anak Mandin

Paul Jerrison anak Mandin

   Nama : Paul Jerrison anak Mandin
   Bangsa : Bidayuh
   Program : Asasi Sains Hayat
   Fakulti : Perubatan dan Sains Kesihatan
   Jurusan : Kejururawatan
   Sesi : 2011/2012

Testimoni:

Walaupun masih baru namun taraf pendidikan yang diberikan setaraf dengan PASUM serta pusat-pusat pengajian pra-universiti yang lain. Cara pengajaran di sini lebih mendidik kami untuk berdikari dan tidak hanya bergantung kepada nota kuliah. Kemudahan-kemudahan yang disediakan di Pra-Universiti UNIMAS adalah seperti dewan besar, kolej kediaman pelajar, dewan-dewan dan bilik-bilik kuliah, makmal, CAIS dan kompleks sukan.

Kemudahan yang serba lengkap dan membuatkan kami lebih selesa. Ada tasik juga berhadapan pejabat pensyarah, di mana tempat kami selalu menghabiskan waktu dan merehatkan minda setelah selesai kuliah. Pensyarah-pensyarah juga sangat baik dan rapat dengan pelajar, ‘sporting’ dan peramah terutama para pensyarah biologi. 

Nurul Syamimi binti Bohari

NSB

   Nama : Nurul Syamimi binti Bohari
   Bangsa : Melayu
   Program : Asasi Sains Hayat
   Fakulti : Perubatan dan Sains Kesihatan
   Jurusan : Kejururawatan
   Sesi : 2011/2012

Testimoni:

Menempuh hidup sebagai pelajar Pra-Universiti UNIMAS agak berbeza berbanding matrikulasi dan pusat asasi yang lain. Bagi pelajar aliran Sains Hayat, pelajar tidak perlu mengambil subjek Fizik, manakala bagi pelajar aliran Sains Fizikal, mereka tidak perlu mengambil subjek Biologi. Pengecualian pengambilan subjek Fizik dan Biologi dalam aliran-aliran tersebut membolehkan para pelajar lebih fokus  dalam menentukan program ijazah sarjana muda berdasarkan keputusan dan minat mereka. Bukan itu sahaja, malah silibus pembelajaran asasi merangkumi sedikit sebanyak silibus yang terdapat dalam subjek di peringkat pra-siswazah. Oleh yang demikian, penguasaan terhadap subjek semasa peringkat pra-universiti amatlah penting dalam mencapai kecemerlangan akademik sewaktu di alam universiti sebenar kelak.

Subjek tambahan seperti ‘ Kepimpinanan dan  Kemasyarakatan’ melatih pelajar berkebolehan fleksibel dari segi kepimpinan, kerjasama dan nilai-nilai murni yang lain mahupun dalam bidang akademik. Sementelahan, sistem pembelajaran, pengajaran dan cara hidup di sini agak serupa dengan kehidupan di alam kampus. Hal ini membolehkan para pelajar mampu hidup berdikari, menyesuaikan diri dengan kehidupan  universiti dan yang paling penting tidak mengalami kejutan budaya setelah melangkah keluar dari peringkat asasi. Pada masa yang sama, UNIMAS menjanjikan tempat pra siswazah bagi semua lepasan Pusat Pengajian Pra-Universiti UNIMAS kelak. Berbanding dengan lepasan matrikulasi dan STPM, ini adalah satu bonus bagi pelajar lantaran mereka hanya perlu menggembeleng tenaga dan usaha padu bagi menempatkan mereka dalam kursus dan fakulti yang diingini. Oleh sebab itu, Pusat Pengajian Pra-Universiti UNIMAS mampu berjaya menghasilkan keluaran yang mempunyai kecemerlangan holistik.

Nurul Aufa binti Ab Majid

NAAM

   Nama : Nurul Aufa binti Ab Majid
   Bangsa : Melayu
   Program : Asasi Sains Fizikal
   Fakulti : Kejuruteraan
   Jurusan : Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan
   Sesi : 2011/2012

Testimoni:

Dimulakan dengan kalimah Bismillah. Hampir setahun bergelar pelajar di Pusat Pengajian  Pra-Universiti UNIMAS telah mengubah cara pemikiran saya dari berfikiran sempit ke luas dan sentiasa memiliki perasaan ingin tahu. Tenaga pengajar yang sentiasa berdedikasi dalam berkongsi ilmu dan prihatin dengan prestasi akademik pelajar serta berdisiplin tinggi dalam penggunaan masa telah menyedarkan saya bahawa peringkat umur untuk mengajar bukanlah ukuran semata-mata. Malahan, saya juga bersyukur kerana suasana kolej, dewan kuliah dan bilik tutor amat selesa. Kemudahan seperti perpustakaan (CAIS) memudahkan para pelajar untuk menambah tempoh peminjaman buku melalui sistem Laman OPAC.

Selain itu, kemudahan lain ialah Medan Selera Keranji yang berhampiran dengan tempat pembelajaran yang menyediakan kepelbagaian makanan dan minuman serta tenaga kerja yang prihatin akan kebersihan meja. Kelebihan yang ketara sebagai alumni Pusat Pengajian Pra-Universiti UNIMAS adalah ketika berada dalam dunia ijazah sarjana muda. Pengalaman menguruskan sesuatu program mengikut protokol universiti dan pengurusan masa dapat diaplikasikan dengan lebih teratur. Sebagai perantau dari semenanjung, saya mencabar diri untuk sentiasa menimba pengalaman dan mencari ilmu sebanyak mungkin sebagai bekalan di masa hadapan.

Nur Muhammad bin Muhamad Zanini

NMMZ

   Nama : Nur Muhammad bin Muhamad Zanini
   Bangsa : Melayu
   Program : Asasi Sains Hayat
   Fakulti : Sains dan Teknologi Sumber
   Jurusan : Sains dan Pengurusan Sumber Haiwan
   Sesi : 2011/2012

Testimoni:

Pertama sekali, saya berasa amat bersyukur kerana berjaya menamatkan pengajian sebagai pelajar Pra-Universiti UNIMAS bagi sesi 2011/2012. Banyak pengalaman yang diperoleh dan dipelajari. Pengalaman paling menarik apabila dapat berkenalan dengan ramai kawan dari bermacam-macam negeri dan pensyarah yang “steady”. Cara belajar sangat memaksa kami untuk usaha yang terbaik. Tiada lagi istilah 'cikgu suap'. Suasana belajar memang terbaik kerana sangat berbeza berbanding zaman persekolahan kerana saya bukan seorang yang terlalu disiplin.

Suasana pembelajaran yang ‘sempoi’ menjadikan saya rasa lebih seronok untuk belajar. Dari segi kemudahan pula, semuanya telah tersedia. Terpulang kepada diri kita sendiri untuk berusaha jika nak berjaya. Para pensyarah juga banyak membantu pelajar. Mereka sangat prihatin dengan tahap kefahaman dan masalah pembelajaran yang kami hadapi. Saya doakan agar pelajar lepasan Pra-Universiti akan menjadi contoh tauladan kepada pelajar-pelajar lain. Terima Kasih.

Nur Izzul Haziq bin Jamaluddin

NIHJ

   Nama : Nur Izzul Haziq bin Jamaluddin
   Bangsa : Melayu
   Program : Asasi Sains Hayat
   Fakulti : Sains dan Teknologi Sumber
   Jurusan : Bioteknologi Sumber
   Sesi : 2011/2012

Testimoni:

Semasa bergelar pelajar Pra-Universiti UNIMAS, saya belajar erti berdikari dan belajar bergaul dengan semua kelompok masyarakat kerana itu merupakan kali pertama saya bergaul dengan pelajar dari luar Sarawak iaitu Sabah, semenanjung Malaysia dan juga dari luar negara. Pengalaman semasa zaman asasi sangat seronok kerana bermulanya zaman bebas dari segala peraturan seperti di sekolah menengah dahulu. Akan tetapi pada zaman ini juga kita mesti pandai menjaga diri agar tidak mudah terpengaruh dengan gejala yang tidak baik dari rakan sebaya. Cara belajar sangat berbeza jika dibandingkan ketika sekolah. Di sini kita terpaksa berdikari atau erti kata lain mengejar pensyarah dan bukan nya “spoon feeding”. Suasana pembelajaran agak berbeza kerana tiada masa yang dihadkan untuk belajar dan perlu menyusun jadual sendiri.

Banyak kemudahan yang disediakan seperti Dewan Kuliah, Bilik Seminar, Makmal Komputer dan yang sangat digemari pelajar asasi adalah bilik 24 jam. Pelajar asasi diberi banyak kelebihan berbanding dengan pelajar lain. Kami dijamin untuk menyambung pelajaran ke peringkat  Ijazah Sarjana Muda di UNIMAS dengan mendapat PNGK sekurang-kurangnya 2.00 dan pelajar yang mendapat PNGK yang tinggi akan diberi keutamaan untuk masuk kursus yang kritikal seperti Perubatan dan Kejuruteraan. Garis panduan pembelajaran juga dirangka khas berdasarkan kursus yang akan ditawarkan semasa Ijazah Sarjana Muda. Ini bagi memudahkan pelajar asasi yang akan menyambungkan pelajaran ke peringkat seterusnya sekaligus memberi gambaran sedikit berkaitan dengan subjek yang akan dipelajari kelak. Sebagai penutup, menjadi pelajar pra-universiti sangat seronok dan itulah detik permulaan bagi seorang yang bakal menjadi mahasiswa yang akan melonjakkan negara ke arah negara maju dan berdaya saing.

2011/2012

Abg Mohd Elna Affizi bin Abg Let  Adi Badri bin Adzhar  Angelesa Runin ak Unggit  Fatin Arina binti Matusin Fatin Najihah binti Muhd Lutfi   Genevie Sara Surang Izzah Nilamsyukriah binti Buang   Khairunnisa binti Auma  Khairunnisa binti Mohd Zim
Mohamad Abid bin Kamaruzzaman  Muhammad Khairulanam bin Zakaria  Muhammad Zaid bin Nasir  Norfarhana binti Mazlan Nur Izzul Haziq bin Jamaluddin   Nur Muhammad bin Muhamad Zanini Nurul Aufa binti Ab Majid   Nurul Syamimi binti Bohari  Paul Jerrison anak Mandin