Pelajar

kejayaan

Pelajar

Informasi penting bagi pelajar semasa kami boleh didapati di sini seperti kalendar, peraturan dan panduan akademik. Dapatkan juga testimoni daripada bekas pelajar kami yang kini telah menyambung pengajian mereka ke bidang yang mereka inginkan.

Etika Berpakaian

Semua pelajar PPPU adalah dikehendaki mematuhi sepenuhnya peraturan berpakaian seperti ketetapan berikut:

  1. Mematuhi peraturan berpakaian (termasuk pakaian, rambut dan kasut) seperti mana yang ditetapkan. Rujuk poster berhubung contoh-contoh tatacara dan etika berpakaian di kampus.

  2. Etika rambut pelajar:
    a. Sentiasa berambut kemas dan rapi.
    b. Tidak dibenarkan mewarnakan rambut.
    c. Fesyen rambut yang keterlaluan.
    d. Rambut pelajar lelaki tidak boleh melebihi kolar.

  3. Pelajar hendaklah:
    a. Sentiasa memakai kad pelajar/kad matrik.
    b. Berseluar jeans (koyak), bertopi, berselipar dan berseluar pendek adalah tidak dibenarkan.
    c. Berpakaian kemas dan berpandukan gambar etika penampilan pelajar UNIMAS.
    d. Pelajar lelaki:
        i. Memakai baju T. berkolar, memakai kemeja dan berambut pendek (tidak diwarnakan).
        ii. Dilarang memakai subang dan rantai leher.
        iii. Pelajar adalah dilarang bertindik dan mempamerkan "tatoo".
    e. Pelajar perempuan adalah dilarang memakai pakaian atau penampilan yang menjolok mata.

  4. Penguatkuasaan peraturan berpakaian adalah seperti berikut:
    a. Menghadiri kuliah, tutorial dan amali.
    b. Berada di dalam kawasan perpustakaan (Pusat Khidmat Maklumat Akademik).
    c. Membuat urusan di pejabat-pejabat dalam kampus UNIMAS.
    d. Menghadiri acara-acara Universiti dan acara rasmi Universiti di luar kampus (Pakaian batik hanya dibenarkan sekiranya mendapat kebenaran daripada pihak universiti).
    e. Menduduki peperiksaan dan ujian.
    f. Berada di sekitar kampus atau tempat yang wajar berpakaian demikian.


Peraturan Berpakaian UNIMAS