Program

program 2 png

Program

Struktur program, sinopsis kursus dan senarai program-program yang ditawarkan di Pusat Pengajian Pra-Universiti, Unimas boleh didapatkan di sini. Kenali potensi anda untuk memilih program yang sesuai untuk karier anda pada masa depan kelak.

Struktur Program

Konsep Umum

Program Asasi Sains Unimas merupakan program persediaan khususnya bagi pelajar bumiputera untuk melayakkan mereka mengikuti kursus-kursus tertentu di peringkat ijazah pertama dalam bidang sains dan teknologi di UNIMAS. Penyusunan kursus Program Pengajian Pra-Universiti mengambil kira pengetahuan asas pelajar yang diterima masuk dan keperluan bidang-bidang tertentu pada peringkat ijazah pertama.

Tempoh Program

Program ini dijalankan dalam jangka masa satu tahun akademik yang merangkumi dua semester, bermula dengan Semester 1 dan diikuti oleh Semester 2 bagi setiap sesi akademik. Tempoh perkuliahan bagi setiap semester adalah selama 18 minggu.

Struktur Pengajian

Pelajar boleh memilih sama ada untuk mengikuti Program Sains Hayat atau Program Sains Fizikal mengikut kelayakan masing-masing. Struktur pengajian yang wajib diikuti oleh seseorang pelajar adalah seperti berikut:-

Sistem Pengajaran

Sistem pengajaran dan pembelajaran yang dipraktikkan adalah mengikut pemiawaian yang diamalkan UNIMAS, iaitu sistem pengajaran yang dilaksanakan melalui kuliah, amali, tutoran dan kerja kursus.

Sistem Penilaian dan Peperiksaan

Sistem penilaian dan peperiksaan pelajar Program Pengajian Pra-Universiti UNIMAS adalah sama seperti sistem penilaian dan peperiksaan yang diamalkan oleh UNIMAS untuk peringkat Ijazah, iaitu penilaian berterusan. Gred diberi untuk sesuatu kursus berdasarkan pencapaian pelajar dalam penilaian sepanjang semester termasuk kerja kursus, tutoran, amali dan ujian.

Kod Kursus

Setiap kursus yang ditawarkan diberikan kod seperti berikut : Contoh PRK1016

  PR  

Pengajian Pra-Universiti     

K

Kimia

1

Tahun

01

Nombor urutan kursus

6

Kredit

Aktiviti Ko-Kurikulum

Selain kursus-kursus akademik, Program Pengajian Pra-Universiti juga mempunyai kursus ko-kurikulum dalam usaha untuk melahirkan pelajar yang seimbang dari segi intelek dan jasmani. Bermula sesi 2012/2013, kursus Ko-Kurikulum Berkredit telah diperkenalkan bagi membolehkan pelajar melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti d iluar lingkungan akademik. Kursus ini dijalankan sepanjang dua semester dan mempunyai 2 jam kredit.