Wednesday, December 11, 2019

Sesi Pementasan & Wacana Ilmu WAYANG GEDEK


Wayang Kulit merupakan salah satu seni teater tradisional tertua di Asia Tenggara.Wayang kulit di Kedah dan Perlis berasal daripada wayang kulit selatan Thailand yang dikenali sebagai Wayang Gedek.

Keistimewaan Wayang Gedek ini ialah wayang ini mempunyai jalan cerita yang berdialek Bahasa Melayu Kedah yang disampaikan dalam bentuk kontemporari. Selain itu, karakter Wayang Gedek yang digunakan juga lebih berunsur moden dan berwarna-warni daripada karakter wayang kulit yang lain.

Berikut adalah sesi-sesi persembahan Wayang Gedek yang akan diadakan di UNIMAS.

A)WACANA ILMU WAYANG GEDEK

TEMPAT: Experimental Theater FSGK (Kampus Baru)
MASA: 2.00 PM - 4.00 PM
PANEL:

1.PAKMAJID (TOK DALANG WAYANG GEDEK SERI ASUN)

2.DR. NURAFIFAH V. ABDULLAH

 

B)PEMENTASAN WAYANG GEDEK OLEH KUMPULAN WAYANG GEDEK SERI ASUN

TEMPAT: Experimental Theater FSGK (Kampus Baru)
MASA : 7.30 PM - 9.30 PM

SEMUA pelajar UNIMAS dijemput untuk menyaksikan persembahan tradisional ini yang diterbangkan khas dari negeri Kedah.

MASUK ADALAH PERCUMA@FREE OF CHARGE.

Persembahan ini ditaja khas oleh HEP&A, FSGK UNIMAS dan JKKN Sarawak.