Wednesday, November 13, 2019

Pelajar UNIMAS terpilih ke misi kemanusiaan Gaza

MUHAMMAD MUS’AB - PELAJAR UNIMAS TERPILIH KE MISI KEMANUSIAAN GAZA

Seorang pelajar UNIMAS, Muhammad Mus’ab Muzahar daripada Fakulti Sains Sosial telah terpilih  oleh sebuah  organisasi badan bukan kerajaan (NGO) berprofil sukarela iaitu Aqsa Syarif Berhad (729288-P) yang memperjuangkan isu Palestin ke Misi Kemanusiaan Gaza.

Organisasi ini berganding bahu bersama badan sukarela lain dalam menyumbang tenaga, fikiran dan kepakaran untuk kebaikan Palestin dan dunia secara amnya. Muhammad Mus’ab Muzahar menyertai misi Ramadhan di Gaza atas penglibatan secara ikhlas dan sukarela.

Beliau akan membantu rakan-rakan universiti di Palestin atas platform pendidikan.  UNIMAS  berbangga kerana beliau merupakan satu-satunya mahasiswa di antara 12 aktivis yang telah terpilih ke misi ini. Konvoi AQSA-To-GAZA2 (A2G2) akan bermula pada 20 hingga 28 Ogos 2011. Sama-sama kita doakan agar misi kemanusiaan ini berjaya dan semua yang terlibat pergi dan kembali dengan selamat.