Wednesday, November 13, 2019

UNIMAS Melakar Nama dalam Malaysia Book of Records

Sempena Majlis Konvokesyen ke-11 pada 22-23 Oktober 2011 baru-baru ini, UNIMAS telah mencipta sejarah baru dengan melakar nama dalam Malaysia Book of Records melalui aktiviti This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. dengan “Berpantun Tanpa Henti Paling Lama selama 88 jam”. Program ini berlangsung selama 4 hari di mana seramai 170 orang mahasiswa/i UNIMAS bergilir-gilir berpantun tanpa henti. Ia telah menarik minat beberapa tetamu jemputan UNIMAS seperti Faizal Ismail (Penyampai Hot FM), Imam Muda Hassan dan Bunkface selain turut menyaksikan kehadiran Pengurusan Tertinggi UNIMAS seperti YBhg Datuk Naib Canselor, Timbalan Naib Canselor, Pendaftar dan Dekan-Dekan yang menyokong dengan bersama-sama berpantun bersama peserta. Inisiatif Sekretariat Rakan Integriti Mahasiswa (RIM) UNIMAS  ini bertujuan untuk mengharumkan nama universiti di peringkat kebangsaan selain ingin menghidupkan kembali budaya berpantun dalam kalangan mahasiswa/i UNIMAS. Angka 88 mempunyai makna tersendiri selaras dengan penubuhan UNIMAS sebagai IPTA kelapan dan penglibatan pemantun dari lapan buah kolej kediaman yang terdapat di UNIMAS. Pihak penganjur menyediakan lebih kurang 10,000 pantun untuk dibaca sepanjang tempoh tersebut.



Usaha penat lelah Jawatankuasa Pelaksana yang diketuai oleh Saudara Francis Johem telah membuahkan hasil apabila tepat jam 10.00 malam 23 Oktober 2011, Cik Hazleen Amiera Kamarudzaman, Pegawai dari Malaysia Books Of Records telah menyerahkan replika sijil secara rasmi kepada YBhg Prof Mohd Fadzil Abd Rahman (Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) semasa Konsert Scream yang turut disaksikan oleh Prof Madya Dr. Othman Bojo (Dekan Pusat Pemajuan Pelajar), Prof Dr Sinin Hamdan (Dekan Pusat Pra-Universiti), Puan Zuraidah Abas (Ketua Pusat Khidmat Pelajar), Dr Sopian Bujang (Pengerusi Jawatankuasa Pengetua Kolej Kediaman Pelajar) dan Puan Siti Normah Yusup (Penasihat Sekretariat Rakan Integriti Mahasiswa). Pihak Sekretariat Rakan Integriti Mahasiswa (RIM) turut berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini terutamanya Pusat Khidmat Pelajar, Pusat Pembelajaran Gunaan & Multimedia, Bahagian Penerbitan dan Unit Komunikasi Korporat yang telah membantu dalam memastikan kelancaran program tersebut. Kejayaan ini tidak akan mampu dicapai tanpa kerjasama dan komitmen semua pihak.