Thursday, December 12, 2019

Festival Kokurikulum 2011

Semester ini merupakan semester pertama Kursus Kokurikulum Berkredit PPD 1022 dilaksanakan di UNIMAS dengan penawaran sebanyak 39 subteras, yang melibatkan seramai 1957 orang pelajar. Diharapkan dengan adanya langkah permulaan ini, akan menyokong dan mendukung usaha pihak Kementerian Pengajian Tinggi dalam memperkasakan Kemahiran Insaniah sekaligus melahirkan graduan yang  bersifat holistik pembangunannya.

Untuk julung-julung kalinya, Festival Kokurikulum akan diadakan seperti berikut:

Tarikh:    07 Disember 2011 (Rabu)
Masa:     0900 pagi sehingga 5 petang
Anjuran: Para pelajar Kursus Kokurikulum Berkredit PPD 1022


Terdapat pelbagai acara menarik yang akan dipersembahkan, selain  pembukaan  39 booth.

Sehubungan itu, dijemput semua warga UNIMAS untuk sama-sama memeriahkan festival yang dianjurkan oleh para pelajar ini sebagai tanda sokongan.

Jadual Program Festival Kokurikulum UNIMAS 2011