Minggu Seni Budaya dan Warisan 2014

  • Print

 MSBW2013 Poster

Pada penganjuran tahun 2014 kali ini, Minggu Seni Budaya dan Warisan (MSBW) akan menyambut Ulang Tahun Ke-10 dengan bertemakan “Sedekad Mencetus Kegemilangan, Mengekalkan Seni Budaya Warisan”. Program ini akan berlangsung 11 - 14 November 2014. MSBW kali ini lebih menjurus kepada ulang tahun MSBW yang Ke-10 dengan membawa sedikit kelainan dari segi penganjuran dan pengisian acaranya. Program ini dilakukan untuk memberikan impak yang positif kepada semua lapisan masyarakat yang hadir justeru dapat mengetahui dan memelihara ilmu berkaitan kesenian dan kebudayaan negara kita.

Pelbagai aktiviti dan pertandingan akan diadakan sepanjang minggu tersebut dari jam 9.00 pagi hingga 11.00 malam. Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan pertandingan persembahan kesenian pada setiap malam mengikut tema dan konsep yang berlainan. Tentatif aktiviti siang boleh dimuat turun dari pautan dibawah.

Tentatif program

Saksikan juga persembahan bermukun yang dibawa khas oleh Sarawak FM (RTM) pada Anugerah Malam Kemuncak dan Penutupan pada 14 Haribulan November 2014. 

Sila mengikuti Facebook page dan Instagram untuk mengetahui perkembangan terkini dari semasa ke semasa.

Pautan ke Facebook page MSBW10 

#msbw10_2014