Tuesday, November 13, 2018

Minggu Seni Budaya dan Warisan ke-11

MSBW 11 poster

Minggu Seni Budaya dan Warisan (MSBW) merupakan satu acara kesenian dan kebudayaan gemilang yang diadakan setiap tahun di peringkat fakulti. Program ini dikendalikan oleh pelajar program Pengurusan Seni, Jabatan Seni Liberal di Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif (FSGK), dan melibatkan warga UNIMAS.

Minggu Seni Budaya dan Warisan (MSBW) akan menyambut Ulang Tahun Ke-11 pada tahun 2015. Acara tahun ini bertemakan “Seni Pemangkin Warisan Budaya Berintelektual" dan akan berlangsung selama tiga hari dan tiga malam, bermula dari 15 Disember hingga 17 Disember 2015. MSBW kali ini akan membawa kelainan dari segi penganjuran dan pengisian dalam aktivitinya. Persembahan kebudayaan pada tiga malam acara adalah antara program yang menarik, dengan tiket kemasukan RM 2 sahaja untuk setiap malam. Pameran seni yang bertemakan "Sarawak Indigenous Arts” juga akan diadakan sempena MSBW ke-11.

Pihak penganjur Minggu Seni Budaya dan Warisan ingin menjemput warga UNIMAS untuk datang ke acara MSBW ke-11 tahun ini agar semua boleh bersama-sama menikmati aktiviti kesenian dan kebudayaan yang menghiburkan dan penuh perisian ilmiah nanti.

Aktivity MSBW ke-11 : Pasar Seni 

Facebook page : https://www.facebook.com/MSBW-Ke-11