Wednesday, November 21, 2018

Festival Kokurikulum 2011

Dec 07 2011

Semester ini merupakan semester pertama Kursus Kokurikulum Berkredit PPD 1022 dilaksanakan di UNIMAS dengan penawaran sebanyak 39 subteras, yang melibatkan seramai 1957 orang pelajar. Diharapkan dengan adanya langkah permulaan ini, akan menyokong dan mendukung usaha pihak Kementerian Pengajian Tinggi dalam memperkasakan Kemahiran Insaniah sekaligus melahirkan graduan yang  bersifat holistik pembangunannya.

Untuk julung-julung kalinya, Festival Kokurikulum akan diadakan seperti berikut:

Tarikh:    07 Disember 2011 (Rabu)
Masa:     0900 pagi sehingga 5 petang
Anjuran: Para pelajar Kursus Kokurikulum Berkredit PPD 1022


Terdapat pelbagai acara menarik yang akan dipersembahkan, selain  pembukaan  39 booth.

Sehubungan itu, dijemput semua warga UNIMAS untuk sama-sama memeriahkan festival yang dianjurkan oleh para pelajar ini sebagai tanda sokongan.

Jadual Program Festival Kokurikulum UNIMAS 2011

Jualan Praktikal EBX0032 2011

Dec 01 2011

Sukacita warga Unimas dijemput untuk ke jualan praktikal bagi kursus EBX0032 Asas Pembudayaan Keusahawanan anjuran pelajar  Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif yang akan diadakan pada tarikh,masa dan tempat yang dinyatakan berikut.

Tarikh:     1 dan 2 Disember 2011 (Khamis & Jumaat), 
Masa:      8:00am - 6.30 pm
Tempat:  Perkarangan fakulti/Dataran Canselori.

Datanglah beramai-ramai untuk memeriahkan suasana Kehadiran semua adalah dialu-alukan dan dihargai.

Sesi Pementasan & Wacana Ilmu WAYANG GEDEK

Feb 18 2011


Wayang Kulit merupakan salah satu seni teater tradisional tertua di Asia Tenggara.Wayang kulit di Kedah dan Perlis berasal daripada wayang kulit selatan Thailand yang dikenali sebagai Wayang Gedek.

Keistimewaan Wayang Gedek ini ialah wayang ini mempunyai jalan cerita yang berdialek Bahasa Melayu Kedah yang disampaikan dalam bentuk kontemporari. Selain itu, karakter Wayang Gedek yang digunakan juga lebih berunsur moden dan berwarna-warni daripada karakter wayang kulit yang lain.

Berikut adalah sesi-sesi persembahan Wayang Gedek yang akan diadakan di UNIMAS.

A)WACANA ILMU WAYANG GEDEK

TEMPAT: Experimental Theater FSGK (Kampus Baru)
MASA: 2.00 PM - 4.00 PM
PANEL:

1.PAKMAJID (TOK DALANG WAYANG GEDEK SERI ASUN)

2.DR. NURAFIFAH V. ABDULLAH

 

B)PEMENTASAN WAYANG GEDEK OLEH KUMPULAN WAYANG GEDEK SERI ASUN

TEMPAT: Experimental Theater FSGK (Kampus Baru)
MASA : 7.30 PM - 9.30 PM

SEMUA pelajar UNIMAS dijemput untuk menyaksikan persembahan tradisional ini yang diterbangkan khas dari negeri Kedah.

MASUK ADALAH PERCUMA@FREE OF CHARGE.

Persembahan ini ditaja khas oleh HEP&A, FSGK UNIMAS dan JKKN Sarawak.