Penambahan Peraturan Peperiksaan Fakulti/Pusat

 

Salam Sejahtera.


Untuk makluman, mesyuarat Senat Bil 07/2015 ke 144 telah MELULUSKAN cadangan penambahbaikan Peraturan Peperiksaan di Fakulti /Pusat. Cadangan yang diluluskan adalah seperti berikut:

Peraturan  Peperiksaan di Fakulti/Pusat:

i. Pelajar adalah TIDAK DIBENARKAN untuk membawa sebarang gajet (telefon pintar/ipad dan lain-lain) ke dalam dewan peperiksaan.

ii. Pelajar TIDAK DIBENARKAN membawa sebarang bentuk kertas selain daripada kertas jawapan yang disediakan oleh Fakulti/Pusat di dalam Dewan Peperiksaan kecuali slip menduduki peperiksaan dan kertas-kertas yang dibenarkan oleh pihak Fakulti. Pengawas peperiksaan juga perlu mempastikan slip menduduki peperiksaan tidak diconteng.

 

Sekian, harap maklum.

 

bp Penolong Pendaftar FSKPM