Jemputan Pelajar Menyertai Simposium Kaunseling Universiti Awam Malaysia 2015

 

 

Salam Sejahtera.

Adalah dimaklumkan bahawa Kelab Mahasiswa Bimbingan dan Kaunseling UPM dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Pelajar Universiti Putra Malaysia akan menganjurkan Simposium Kaunseling Universiti Awam Malaysia 2015 (SKUMA'15) yang julung-julung kali diadakan seperti butiran berikut:

 

Tarikh: 3 - 7 Ogos 2015 (Isnin - Jumaat)
Tempat: Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan, UPM
Yuran Penyertaan: RM370/seorang

 

Simposium ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada bakal kaunselor mengenai hala tuju, peranan dan cabran yang bakal dihadapi oleh kaunselor dalam perkhidmatan kaunseling serta peluang kerjaya selepas bergraduat. Penyertaan adalah terbuka kepada mahasiswa jurusan Kaunseling dari IPT di seluruh Malaysia.

 

Tarikh Tutup Penyertaan: 6 Julai 2015

 

Laman Facebook SKUMA'15: https://www.facebook.com/skuma2015?fref=ts

 

Sebarang maklumat dan pertanyaan lanjut berkenaan SKUMA'15 bolehlah menghubungi:

a) Saudari Iylia-Nur Anati bt Roslan (017-2864881)
b) Pejabat JPKPK UPM (Tel: 03-89468119 / Faks: 03-89435386)
c) Emel Rasmi SKUMA'15 ( This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it )

 

Sekian untuk makluman. Terima kasih.

 

Lampiran:
Surat Jemputan SKUMA'15
Brosur SKUMA'15