Wednesday, 13 Dec 2017
  • default style
  • blue style
  • green style
  • red style
  • orange style

Articles

PENGEDARAN BAUCAR BUKU 1MALAYSIA KEPADA PELAJAR-PELAJAR

 

Sukacita dimaklumkan bahawa YAB Timbalan Perdana Menteri selaku Menteri Pendidikan telah memberi kelulusan supaya agihan Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) Tahun 2015 dilaksanakan.

Sehubungan dengan itu, pihak tuan/puan diminta untuk menghantar wakil bagi mengambil baucar di Unit Kewangan Pelajar bermula pada tarikh 16 Mac 2015 (Isnin) dan seterusnya membuat agihan BB1M kepada pelajar-pelajar yang layak berdasarkan kepada Garis Panduan Pemberian BB1M Tahun 2015 yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Untuk tahun 2015, beberapa perubahan atau pembaharuan telah dibuat oleh KPM di dalam garis panduan berkenaan. Antaranya ialah :

1. BB1M sah digunakan sehingga 30 Jun 2015 sahaja (Perkara 4).

2. Pelajar mestilah menandatangani Senarai Akaun Penerimaan/ Penolakan BB1M 2015 seperti di Lampiran 1 (Perkara 6.2 (d)).

3. Sebarang kehilangan/ kerosakan BB1M selepas pengagihan adalah dibawah tanggungjawab pelajar (Perkara 10.2).

Tuan/ puan dikehendaki untuk membaca dan memahami isi kandungan Garis Panduan yang diedarkan dan sebarang persoalan boleh diajukan kepada saya atau staf saya sama ada melalui telefon (samb. 1879/ 1871) atau emel. Bersama-sama ini disertakan Garis Panduan Pemberian BB1M Tahun 2015, Senarai Akaun Penerimaan/ Penolakan BB1M 2015 dan Ringkasan Akuan Penerimaan Atau Pengagihan Baucar Buku 1 Malaysia Di PTj 2015 untuk makluman dan tindakan lanjut pihak tuan/puan.

 

1. Garis Panduan

2. Ringkasan Akuan

3. Senarai Akuan