PERTANDINGAN KAROM PERSEORANGAN TERBUKA PIALA PROF. DATO’ DR MOHAMAD KADIM BIN SUAIDI

Pertandingan Karom Perseorangan Terbuka Piala Prof Dato’ Dr Kadim sempena Majlis Konvokesyen Ke-19 UNIMAS diadakan bermatlamat untuk menggalakkan penyertaan ahli-ahli Kelab Rekreasi Jabatan Kerajaan, IPT dan penduduk sekitar Kota Samarahan di dalam acara sukan sebagai aktiviti mengeratkan silaturahim. Disamping itu, ia dapat mendorong ahli kelab mewujudkan gaya hidup sihat dalam kehidupan seharian sambil beriadah. Melaluinya, diharapkan agar ahli kelab dapat mewujudkan budaya hidup berteraskan kesukanan bagi meningkatkan kecergasan diri yang proaktif dan terbilang.

Pertandingan ini telah mendapat sambutan yang amat mengalakan di mana 24 orang peserta dari pelbagai jabatan antaranya Majlis Sukan Negara, Jabatan Akauntan Negara, Perumahan, Perubatan Kota Samarahan, penduduk sekitar Kota Samarahan dan juga Kuching turut serta pertandingan ini.

Pertandingan bermula pada jam 9 pagi dan berakhir tepat pada pukul 4 petang. Majlis penyampaian hadiah kepada pemenang telah disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Al Khalid bin Othman, Dekan Fakulti Kejuruteraan diiringi oleh Prof. Madya Dr Azhaili Baharun mantan Dekan Fakulti Kejuruteraan yang juga merupakan Pengerusi Kelab Karom UNIMAS.

Juara Karom Perseorangan Terbuka Piala Prof Dato’ Dr Kadim telah dimenangi oleh Encik Thomas Yap Ling Siaw dari Jabatan Akauntan Negara Malaysia dengan membawa balik hadiah berupa sebuah Piala, Medal dan wang tunai sebanyak RM200.00, Naib Juara telah dimenangi oleh Encik Azzmi Bawi dari UNIMAS mendapat satu medal dan wang tunai RM100.00 dan tempat ketiga bersama dimenangi oleh Encik Mohamad Hadzlan bin Yusuf dari UNIMAS dan Encik Mohd Muazzam bin Mohd Mahli dari Majlis Sukan Negara Kuching.

Majlis diakhiri dengan sesi bergambar semua para peserta, AJK pertandingan dan pengadil bersama Prof Madya Dr. Al Khalid bin Othman, Dekan Fakulti Kejuteraan untuk kenang kenangan.

Pertandingan Karom Terbuka 2015 ini merupakan salah satu acara bagi memenuhi aktiviti kelab pada tahun 2015. Pertandingan ini dapat dilaksanakan dengan jayanya mengikut jadual yang dirancang dan mendapat sambutan daripada semua pihak dan diharapkan pertandingan ini dijadikan sebagai acara tahunan pada setiap Majlis Konvokesyen. Pihak penganjur Kelab Karom UNIMAS & Unit Sukan UNIMAS dengan kerjasama Fakulti Kejuruteraan mengucapkan jutaan terima kasih atas segala kerjasama dan sokongan yang diberikan oleh semua pihak, AJK pertandingan mahupun peserta.

 

Karom 1

 

Sebelum memulakan pertandingan, En Abd Rahman b. Abd Latiff selaku pengadil menerangkan peraturan yang perlu di patuhi oleh semua peserta

Karom 2

Pertandingan Secara Liga Mengikut Kumpulan A, B, C dan D bermula

Karom 3

Peserta yang layak ke Suku Akhir

Karom 4

Perlawanan Suku Akhir

 

Separuh Akhir

Karom 5

En. Thomas Yap Ling Siaw (JANM)                                            En. Mohamad Hadzlan bin Yusuf (UNIMAS)

                                                                                                                                  VS                                                                                            VS                  

                                                                                                           En. Mohd Muazzam bin Mohd Mahli (MSN)                                              En. Azzmi Bawi (UNIMAS)

 

Akhir

Karom 6

                                                                                                                                                       En. Thomas Yap Ling Siaw (JANM)    

VS

Encik Azzmi Bawi (UNIMAS)

 

Karom 7

 

Majlis Penyampaian Hadiah kepada Johan dan Nai Johan yang di sampaikan oleh Prof Madya Dr. Al Khalid bin Othman,  Dekan Fakulti Kejuruteraan

 

dengan diiringi oleh Prof. Madya Dr Azhaili Baharun mantan Dekan Fakulti Kejuruteraan yang juga merupakan Pengerusi Kelab Karom UNIMAS

 

Karom 8

Gambar kenangan bersama dengan semua pemenang di Pertandingan Karom Perseorangan Terbuka Piala Prof Dato’ Dr Kadim sempena Majlis Konvokesyen Ke-19 UNIMAS

 

Laporan disediakan oleh :

Nawawi Muhamad

 

 

 

Loading ...