KEM MATEMATIK ANJURAN SK KAMPUNG KEBUAW, DALAT

KemMatematik1

Figure 1 : Sesi fotografi bersama para pelajar dan guru-guru yang terlibat

KemMatematik2

Figure 2 : Majlis Penyampaian Sijil dan Hadiah

KemMatematik3

Figure 3 : Penyampaian hadiah kepada pihak sekolah oleh wakil UNIMAS

 

Pada 31 Julai sehingga 1 Ogos 2015 yang lepas, SK Kampung Kebuaw, Dalat, telah menganjurkan sebuah kem matematik (aktiviti Kebitaraan Matematik 2015), di bawah program Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK) SK Kampung Kebuaw.

Aktiviti kem ini adalah merupakan salah satu aktiviti jalinan kerjasama bersama UNIMAS, dibawah naungan SKK-UNIMAS dan UCTC (Pusat Transformasi Komuniti) UNIMAS.

Kem ini telah bertempat di SK Kampung Kebuaw di Dalat, yang telah disertai oleh seramai 51 orang pelajar tahap dua (pelajar tahun 4 hingga 6) dari enam buah sekolah sekitar Dalat, iaitu SK St Kevin, SK Sungai Pinang, SK Sungai Rasau, SK Sungai Ilas, SK Kampung Bungan,dan SK Kampung Kebuaw. Seramai 18 orang guru telah bekerjasama bagi menjayakan program ini.

Pihak UNIMAS telah diwakili oleh dua orang pensyarah, iaitu Encik Mohd Azrin Mohd Said (FK) dan Encik Mohd Syazwan Zafwan (FK), selaku penceramah jemputan.

Sepanjang kem ini dijalankan, para pelajar telah terlibat dengan pelbagai aktiviti menarik yang berorientasikan matapelajaran Matematik seperti pengiraan pantas dan mathplorace.

Semasa majlis penutupan dan penyampaian sijil dan hadiah, wakil UNIMAS telah menyerahkan sebuah plak penghargaan kepada Guru Besar SK Kampung Kebuaw, Encik Mohd Fauzi bin Abdullah, sebagai tanda penghargaan pihak UNIMAS kepada SK Kampung Kebuaw. Sijil penyertaan Kem Matematik daripada pihak UNIMAS turut diserahkan kepada para pelajar yang hadir.

Majlis telah diakhiri dengan sesi fotografi bersama-sama dengan wakil UNIMAS, guru-guru yang terlibat, dan juga para pelajar sebagai tanda kenangan.

 

Disediakan oleh : Mohamad Syazwan Zafwan

 

 

Loading ...