Program Hari Orientasi Fakulti

Program Hari Orientasi Fakulti ini merupakan salah satu aktiviti tahunan untuk pelajar baru Fakulti Kejuruteraan anjuran Persatuan Pelajar Fakulti Kejuruteraan (SAFE). Hari Orientasi untuk pelajar masukan September sessi 2015/2016 telah diadakan pada 19 September 2015. Program ini bermula pada pukul 7:00 pagi dan berakhir pada pukul 6:00 petang. Seramai 360 pelajar ambilan baru fakulti kejuruteraan serta 90 AJK telah turun padang bersama sama menjayakan program ini.

Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk memberi peluang kepada pelajar untuk memahami Fakulti Kejuruteraan, kegunaan Persatuan Pelajar Fakulti Kejuruteraan(SAFE) serta Institute of Engineers Malaysia(IEM). Program ini juga diadakan untuk mendedahkan pelajar-pelajar baru dengan persekitaran serta peraturan Fakulti Kejuruteraan. Selain itu, para pelajar juga berpeluang merapatkan hubungan silaturahim antara satu sama lain serta ahli jawatankuasa SAFE dan IEM.

Dengan itu, program ini telah dijadikan acara tahunan di dalam kalender aktiviti Fakulti Kejuruteraan anjuran SAFE dan IEM. Ini kerana, pelajar baru dapat mengenali rakan dari jabatan lain serta mereka lebih mengetahui selok-belok kawasan fakulti untuk kegunaan masa hadapan.

 

OP01

 

 

 

Pendaftaran Pelajar

 

OP02

Pengenalan Ahli Jawatankuasa SAFE sessi 2015/2016

 

OP03

Explorace

 

OP04

Sesi Refreshment

 

 

Hari Pengundian SAFE (Sesi 2015/2016)

Hari Pengundian Pelajar Fakulti Kejuruteraan (SAFE) merupakan aktiviti tahunan yang diadakan untuk memilih Ahli Jawatankuasa SAFE yang baru. Hari Pengundian SAFE sesi 2015/2016 telah diadakan pada 21 Mei 2015 bertempat di Ruang Kedai Fakulti Kejuruteraan. Pengundian tersebut hanya dibuka kepada pelajar Fakulti Kejuruteraan sahaja dan mereka hanya boleh memilih maksimum 8 orang calon daripada 31 orang calon yang bertanding.

Setelah mengira undian, Majlis Tertinggi SAFE sessi 2014/2015 bersama Penasihat SAFE, Puan Dayang Nur Salmi Binti Awang Salleh telah membuat sessi temuduga bersama calon dan menapis nama-nama calon yang layak memegang jawatan untuk SAFE sessi 2015/2016.

Dengan mengadakan Hari Pengundian pelajar Fakulti Kejuruteraan dapat bersama-sama turun padang memilih pemimpin baru Fakulti Kejuruteraan serta mengenali mereka dengan lebih dekat.

 

HP02

 

HP01

 

 

 

HP03

 

Seminar Series 2015 (Function of Annealing and Interlayer to The OSCs Performances)

SeminarSeries2015

Please to announce the following FK Seminar Series. All faculty members are cordially invited to attend this seminar; note that attendance is compulsory for staff from the Department of Mechanical and Manufacturing Engineering.

Date: 2, October 2015 (Friday)
Time: 10 am - 11 am

Venue: Mechanical Meeting Room, Level 2, FK

Speaker: Dr Nur Tahirah bt Razali

Title: Function of annealing and interlayer to the OSCs performances

Abstract:
This research investigates the effect of annealing and interlayer to Organic Solar Cells (OSCs) performances. Regular and inverted structure OSCs were fabricated with and without annealing, and with and without interlayer. The solar cell parameters and morphological changes were characterized using solar simulator, EDS, UV-Vis Spectroscopy and XRD. The results show that annealing and insertion of interlayer improved the OSCs performances.

Green Week 2015

Green Week merupakan program tahunan anjuran Persatuan Pelajar Fakulti Kejuruteraan (SAFE). Pada tahun ini Green Week 2015 yang bertemakan Tomorrow’s Earth is Today’s Responsibility, telah diadakan pada 21 hingga 29 Mac 2015 betempat di sekitar Fakulti Kejuruteraan.

Tujuan minggu ini diadakan adalah untuk mempromosikan konsep go green dalam kalangan pelajar Fakulti Kejuruteraan. Program ini merupakan satu program yang dapat memberi kesedaran kepada warga UNIMAS tentang betapa pentingnya pemeliharaan warisan hijau demi masa hadapan. Program ini juga bertujuan untuk mendedahkan warga UNIMAS tentang program-program yang dijalankan oleh Fakulti Kejuruteraan untuk mengekalkan kehijauan dunia serta ergonomi dunia. Antara aktiviti yang telah dilaksanakan sepanjang minggu tersebut ialah:-

  1. 1.Advanture Race
  2. 2.Flash Mob
  3. 3.Bazaar
  4. 4.Green Fair
  5. 5.Green Workshop
  6. 6.Green Talk
  7. 7.No lift Day
  8. 8.Tamiya Racing
  9. 9.Green Donation
  10. 10.Community Service
  11. 11.Trip to Nature
  12. 12.Blood Donation

Program yang diadakan pada tahu keempat berturut-turut ini juga dibuka penyertaannya kepada semua warga universiti selain penyertaan dari staf dan mahasiswa fakulti. Sambutan yang diberi amat mengalakan terutamanya Community Service dimana seramai 30 orang pelajar Fakulti Kejuruteraan pergi ke Pusat Penjagaan Amal Nur Murni, Batu Kawa bergotong royong bersama-sama kanak-kanak di sana membersih sekitar kawasan pusat penjagaan tersebut dan secara tidak langsung membuat kawasan tersebut lebih konduusif.

Antara aktiviti yang mendapat sambutan adalah Trip to Nature. Trip to Nature merupakan aktiviti dimana pelajar bersama-sama pergi ke kawasan yang bertemakan hijau seperti rainforest untuk melihat flora dan fauna yang tidak dapat dilihat di kawasan universiti. Pada tahun ini, Trip to Nature telah dilaksanakan di Gunung Gading dan telah disertai oleh 80 pelajar.

Moga Green Week akan menjadi program tahunan dibawah Fakulti Kejuruteraan agar kita dapat sentiasa memberi kesedaran kepada pelajar agar mereka lebih menghargai alam kita pada hari ini untuk masa depan generasi baru.

 

GE01

 

Pemenang HydroPower Generator

 

GE02

Green Talk

 

GE03

Green Talk

 

GE04

Community Service

 

 

 

 

 

 

CEO Faculty Program

CEO Shell

 

CEO Faculty Program for UNIMAS adalah satu inisiatif melibatkan kerjasama industri terus kepada universiti secara am dan fakulti khususnya. Program ini adalah satu usaha meningkatkan visibiliti UNIMAS kepada industri sekaligus membuka peluang kerjasama yang lebih luas dengan industri. Selain itu, program ini turut memberi peluang kepada pelajar-pelajar fakulti untuk mengenali kehendak stakeholders industri melalui ceramah berkenaan perkhidmatan dan pengalaman yang dikongsikan oleh CEO syarikat ataupun agensi yang dijemput.

CEO Faculty Program for UNIMAS yang julung kali akan dianjurkan oleh Fakulti Kejuruteraan

Loading ...