Green Week 2015

Green Week merupakan program tahunan anjuran Persatuan Pelajar Fakulti Kejuruteraan (SAFE). Pada tahun ini Green Week 2015 yang bertemakan Tomorrow’s Earth is Today’s Responsibility, telah diadakan pada 21 hingga 29 Mac 2015 betempat di sekitar Fakulti Kejuruteraan.

Tujuan minggu ini diadakan adalah untuk mempromosikan konsep go green dalam kalangan pelajar Fakulti Kejuruteraan. Program ini merupakan satu program yang dapat memberi kesedaran kepada warga UNIMAS tentang betapa pentingnya pemeliharaan warisan hijau demi masa hadapan. Program ini juga bertujuan untuk mendedahkan warga UNIMAS tentang program-program yang dijalankan oleh Fakulti Kejuruteraan untuk mengekalkan kehijauan dunia serta ergonomi dunia. Antara aktiviti yang telah dilaksanakan sepanjang minggu tersebut ialah:-

  1. 1.Advanture Race
  2. 2.Flash Mob
  3. 3.Bazaar
  4. 4.Green Fair
  5. 5.Green Workshop
  6. 6.Green Talk
  7. 7.No lift Day
  8. 8.Tamiya Racing
  9. 9.Green Donation
  10. 10.Community Service
  11. 11.Trip to Nature
  12. 12.Blood Donation

Program yang diadakan pada tahu keempat berturut-turut ini juga dibuka penyertaannya kepada semua warga universiti selain penyertaan dari staf dan mahasiswa fakulti. Sambutan yang diberi amat mengalakan terutamanya Community Service dimana seramai 30 orang pelajar Fakulti Kejuruteraan pergi ke Pusat Penjagaan Amal Nur Murni, Batu Kawa bergotong royong bersama-sama kanak-kanak di sana membersih sekitar kawasan pusat penjagaan tersebut dan secara tidak langsung membuat kawasan tersebut lebih konduusif.

Antara aktiviti yang mendapat sambutan adalah Trip to Nature. Trip to Nature merupakan aktiviti dimana pelajar bersama-sama pergi ke kawasan yang bertemakan hijau seperti rainforest untuk melihat flora dan fauna yang tidak dapat dilihat di kawasan universiti. Pada tahun ini, Trip to Nature telah dilaksanakan di Gunung Gading dan telah disertai oleh 80 pelajar.

Moga Green Week akan menjadi program tahunan dibawah Fakulti Kejuruteraan agar kita dapat sentiasa memberi kesedaran kepada pelajar agar mereka lebih menghargai alam kita pada hari ini untuk masa depan generasi baru.

 

GE01

 

Pemenang HydroPower Generator

 

GE02

Green Talk

 

GE03

Green Talk

 

GE04

Community Service

 

 

 

 

 

 

Loading ...