Hari Pengundian SAFE (Sesi 2015/2016)

Hari Pengundian Pelajar Fakulti Kejuruteraan (SAFE) merupakan aktiviti tahunan yang diadakan untuk memilih Ahli Jawatankuasa SAFE yang baru. Hari Pengundian SAFE sesi 2015/2016 telah diadakan pada 21 Mei 2015 bertempat di Ruang Kedai Fakulti Kejuruteraan. Pengundian tersebut hanya dibuka kepada pelajar Fakulti Kejuruteraan sahaja dan mereka hanya boleh memilih maksimum 8 orang calon daripada 31 orang calon yang bertanding.

Setelah mengira undian, Majlis Tertinggi SAFE sessi 2014/2015 bersama Penasihat SAFE, Puan Dayang Nur Salmi Binti Awang Salleh telah membuat sessi temuduga bersama calon dan menapis nama-nama calon yang layak memegang jawatan untuk SAFE sessi 2015/2016.

Dengan mengadakan Hari Pengundian pelajar Fakulti Kejuruteraan dapat bersama-sama turun padang memilih pemimpin baru Fakulti Kejuruteraan serta mengenali mereka dengan lebih dekat.

 

HP02

 

HP01

 

 

 

HP03

 

Loading ...