Program Hari Orientasi Fakulti

Program Hari Orientasi Fakulti ini merupakan salah satu aktiviti tahunan untuk pelajar baru Fakulti Kejuruteraan anjuran Persatuan Pelajar Fakulti Kejuruteraan (SAFE). Hari Orientasi untuk pelajar masukan September sessi 2015/2016 telah diadakan pada 19 September 2015. Program ini bermula pada pukul 7:00 pagi dan berakhir pada pukul 6:00 petang. Seramai 360 pelajar ambilan baru fakulti kejuruteraan serta 90 AJK telah turun padang bersama sama menjayakan program ini.

Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk memberi peluang kepada pelajar untuk memahami Fakulti Kejuruteraan, kegunaan Persatuan Pelajar Fakulti Kejuruteraan(SAFE) serta Institute of Engineers Malaysia(IEM). Program ini juga diadakan untuk mendedahkan pelajar-pelajar baru dengan persekitaran serta peraturan Fakulti Kejuruteraan. Selain itu, para pelajar juga berpeluang merapatkan hubungan silaturahim antara satu sama lain serta ahli jawatankuasa SAFE dan IEM.

Dengan itu, program ini telah dijadikan acara tahunan di dalam kalender aktiviti Fakulti Kejuruteraan anjuran SAFE dan IEM. Ini kerana, pelajar baru dapat mengenali rakan dari jabatan lain serta mereka lebih mengetahui selok-belok kawasan fakulti untuk kegunaan masa hadapan.

 

OP01

 

 

 

Pendaftaran Pelajar

 

OP02

Pengenalan Ahli Jawatankuasa SAFE sessi 2015/2016

 

OP03

Explorace

 

OP04

Sesi Refreshment

 

 

Loading ...