Programmes Offered

Academic Programmes

Currently, the faculty offers five academic programmes, which are managed by the respective academic departments. All of the five undergraduate programmes lead to the Bacholer of Science with Honours.The Programmes are:

Resource Science and Managment 

WS49 - Animal Resource Science and Managment (Department of Zoology)

English Version

Teporary unavaiable

Malay version

Objektif program Sains dan Pengurusan Sumber Haiwan adalah untuk menyediakan pengetahuan dan kemahiran yang komprehensif dalam pengurusan dan pemuliharaan sumber fauna. Sumber semulajadi semakin kritikal pada masa kini, dan pendekatan terkini melalui teknologi pemuliharaan adalah mustahak untuk menjamin sistem ekologi masa hadapan. Kaedah bioteknologi, perkomputeran dan bioinformatik diaplikasikan dalam bidang pengurusan dan pemuliharaan sumber warisan semulajadi dalam program ini. Kursus-kursus dibentuk khas untuk memenuhi keperluan bidang berkaitan pengurusan dan pemuliharaan sumber haiwan. Program ini juga membantu meningkatkan kesedaran tentang kepentingan dan sumbangan spesies fauna serta habitat mereka seiring dengan pembangunan sosio-ekonomi negara.

 WS50 - Aquatic Resource Science and Managment (Department of Aquatic Science)

English Version

Teporary unavaiable

Malay version

Objektif program Sains dan Pengurusan Sumber Haiwan adalah untuk  menyediakan pengetahuan dan kemahiran yang komprehensif dalam pengurusan dan pemuliharaan sumber fauna. Sumber semulajadi semakin kritikal pada masa kini, dan pendekatan terkini melalui teknologi pemuliharaan adalah mustahak untuk menjamin sistem ekologi masa hadapan. Kaedah bioteknologi, perkomputeran dan bioinformatik diaplikasikan dalam bidang pengurusan dan pemuliharaan sumber warisan semulajadi dalam program ini. Kursus-kursus dibentuk khas untuk memenuhi keperluan bidang berkaitan pengurusan dan pemuliharaan sumber haiwan. Program ini juga membantu meningkatkan kesedaran tentang kepentingan dan sumbangan spesies fauna serta habitat mereka seiring dengan pembangunan sosio-ekonomi negara.WS51 - Plant Resource Science and Managment (Department of Plant Science and Enviromenttal Ecology)

English Version

Teporary unavaiable

Malay version

 Program ini bertujuan untuk menyediakan kemahiran intelektual dan pengetahuan yang seimbang kepada pelajar, khususnya dalam bidang berkaitan kepelbagaian biologi, pengurusan estet, pemuliharaan dan pembangunan secara mapan. Pelajar program ini didedahkan kepada kemahiran mengenalpasti masalah dan memberi penyelesaian yang relevan terhadap isu-isu berkaitan pengurusan eksploitasi dan pemuliharaan sumber tumbuhan. Graduan program ini juga akan bertindak sebagai pemangkin bagi mempertingkatkan kesedaran masyarakat tentang isu-isu alam sekitar serta kepentingan dalam pembangunan sosio- ekonomi negara.

Resource Technology

WS47 - Resource Biotechnology (Department of Molecular Biology)

English Version

Teporary unavaiable

Malay version

Program ini dibina khusus untuk membina ilmu dan kemahiran dalam bidang sains yang berkait rapat dengan bioteknologi, khususnya teknologi rekombinan DNA, kultur sel dan tisu, kejuruteraan genetik, fermentasi dan bioproses serta teknik lain yang menjadi alat penyelidikan bioteknologi. Program ini memberi kefahaman mendalam dalam ilmu bioteknologi tumbuhan, haiwan, alam sekitar, marin dan bio-perubatan. Pelajar program ini diberikan pendedahan kepada aplikasi sosio-ekonomi yang berkaitan dengan industri berasaskan bioteknologi, sesuai dengan kehendak dan keperluan masa kini.WS48 - Resource Chemistry (Department of Chemistry)

English Version

Teporary unavaiable

Malay version

Program ini dimatlamatkan untuk menjurus kepada bidang kimia, dan ia bertujuan untuk meningkatkan daya kreativiti dan kemahiran teknik makmal. Program ini memberi kefahaman mendalam berkenaan eksperimentasi kimia dan penyelidikan. Pendedahan juga merangkumi penganalisaan data sedia ada dan baru, serta menilai kesahihan data untuk tujuan menyelesaian masalah yang bertepatan dengan konteks keperluan. Graduan program ini dilatih dalam kemahiran pengenalpastian, kawalan mutu dan manipulasi sumber asli.