Talk Series: East Asia-The Growing Gap? by Prof Jan Nederveen Pieterse

LATAR BELAKANG

Profesor Jan Nederveen Pieterse adalah penyandang Mellichamp Professor of Global Studies and Sociology di University of California Santa Barbara. Beliau mengkhusus dalam bidang globalisasi, kajian pembangunan dan kajian kebudayaan. Pada masa yang sama beliau adalah penyandang Distinguished Professor di kerusi Pok Rafeah, Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS), UKM. Pada masa sekarang, fokus kajian beliau adalah berkenaan globaliasi abad ke-21.

Profesor Jan Nederveen Pieterse pernah bertugas di Maastricht University; University of Illinois Urbana-Champaign; the of Social Studies, The Hague; University of Cape Coast, Ghana; dan University of Amsterdam. Beliau pernah menjadi Profesor Pelawat di beberapa buah negara, seperti Argentina, Brazil, China, Jerman, Peranchis, India, Indonesia, Jepun, Pakistan, Afrika Selatan, Sri Lanka, Sweden dan Thailand.

Profesor Pieterse merupakan penulis dan editor kepada 21 buah buku. Hasil karya terkini beliau adalah Globalization and Culture: Global Mélange (3rd Edition, 2015); Development Theory: Deconstructions/ Reconstructions (2nd Edition, 2010), Beyond the American Bubble: Is there hope for Uncle Sam? (2008); and Ethnicities and Global Multiculture (2007). Beliau bekerjasama menjadi editor menerbitkan buku bersiri dengan Routledge (Emerging Societies) dan Palgrave MacMillan (Frontiers of Globalization) serta penganjur bersama Global Studies Conferences.

Loading ...