Alumni UNIMAS

Contemporary and Forward Looking

  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

About Us

E-mail Print PDF

:: Visi

Mewujudkan satu jaringan komunikasi dan kerjasama yang unggul dan kukuh di kalangan alumni dan UNIMAS serta warganya.

 

:: Misi

Memberi khidmat serta membina rangkaian hubungan sepanjang hayat dengan semua alumni di seluruh negara agar para alumni dapat menyumbang semula dalam pelbagai bentuk dan corak khidmat bakti ke arah mencapai matlamat kecemerlangan UNIMAS.

 

:: Objektif

•    Mengadakan pelbagai bentuk aktiviti / program promosi seperti penubuhan lebih banyak ’Chapter’ di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak bagi menggalak serta meningkatkan pertambahan ahli alumni di kalangan bekas graduan di seluruh negara;
•    Memberi ruang dan peluang kepada ahli-ahli alumni bertemu bagi  meningkatkan semangat kerjasama dan persahabatan melalui pelbagai bentuk aktiviti bertujuan menyumbang ke arah kemajuan, kepentingan serta manfaat bersama;
•    Melaksana dan memajukan apa jua aktiviti yang mempunyai kepentingan dan faedah kepada semua pihak terlibat terutama dalam menambahkan lagi jumlah dana kewangan alumni;
•    Melaksana dan memajukan apa jua aktiviti yang mempunyai kepentingan dan faedah kepada semua pihak terlibat terutama dalam menambahkan lagi jumlah dana kewangan alumni.

 

:: Faedah dan Peranan Alumni UNIMAS

•    Alumni boleh membantu menyumbang kepada beberapa skim kebajikan dan aktiviti pelajar sama ada dalam bentuk bimbingan nasihat, kewangan mahu pun bukan kewangan;
•    Alumni juga boleh menjadi jaringan sokongan (Network Support) dalam urusan perkembangan sektor sosioekonomi, akademik, intelektual dan kemasyarakatan para pelajar UNIMAS berdasarkan kepada kedudukan jawatan dan kerjaya mereka di sektor awam dan swasta;
•    Melalui Alumni , peluang bagi pembelajaran sepanjang hayat akan dapat disebar luaskan kepada lebih ramai para pelajar UNIMAS serta anggota masyarakat seluruhnya;
•    Alumni  juga boleh mewujudkan peluang kerjasama dan hubungan dua hala dengan staf akademik di UNIMAS, para pelajar, persatuan dan di kalangan sesama ahli alumni sendiri.

 

Quick Links

Who's Online

We have 1 guest online

Statistics

Content View Hits : 537858