• default style
  • blue style
  • green style
  • red style
  • orange style
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

BN diyakini terus tadbir Sarawak malah dapat meningkatkan undi popular cecah 60 peratus

on Thursday, 28 January 2016 10:55.

advokasi2

 

KOTA SAMARAHAN 27 Jan. - Barisan Nasional (BN) diyakini dapat mengekalkan kemenangan pada Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN-11) berdasarkan populariti Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem.
Penganalisis politik, Prof. Madya Dr. Jeniri Amir berkata, parti itu juga dipercayai dapat meningkatkan undi popular mencecah 60 peratus berbanding 55 peratus pada pilihan raya negeri sebelum ini.
Beliau yang juga Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sosial Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) berkata, dalam tempoh lima tahun selepas memenangi pilihan raya kali ini, Adenan bagaimanapun perlu pantas dan bersuara lebih nyaring untuk menterjemahkan idea serta melaksanakan mandat yang diberikan.
“Rakyat Sarawak mengidamkan pembangunan luar bandar sama maju dengan bandar, semua etnik menikmati kemajuan, negeri ini dapat berdiri sama tinggi dengan Semenanjung.
“Hanya melalui pembangunan rancak dan peluang ekonomi yang luas dapat terus mengekalkan BN di Sarawak,” ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika menjadi salah seorang ahli panel dalam Program Advokasi Ilmuwan Majlis Profesor Negara (MPN) Bersama Utusan Malaysia dan Radio Te­levisyen Malaysia (RTM) yang membincangkan forum bertajuk Sudah Sejahterakah Rakyat Sarawak? di Panggung Eksperimen, Fakulti Sains Gunaan dan Kreatif, Unimas di sini hari ini.
Selain Jeniri, program itu turut menampilkan ahli panel terdiri daripada Menteri Muda Pembangunan Belia (Bandar) negeri, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah; Dekan Fakulti Sains Sosial Unimas, Prof. Madya Dr. Neilson Illan Mersat dan pakar perlembagaan dari Universiti Islam Malaysia (UIA) mewakili MPN, Prof. Madya Dr. Shamrahayu Ab. Aziz, manakala Penolong Ketua Pengarang 1 Kumpulan Utusan, Datuk Zaini Hassan bertindak sebagai moderator.
Jeniri turut meramalkan pena­maan calon bagi PRN-11 akan diadakan pada 14 April ini, diikuti hari pengundian pada 29 April.
Dalam pada itu, beliau berkata, populariti Adenan bukan jaminan untuk menarik pengundi Cina walaupun beliau popular dalam kala­ngan masyarakat itu.
Katanya, pertelagahan yang berlaku dalam parti komponen iaitu Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan Parti Rakyat Bersatu (UPP) yang mewakili Barisan Nasional (BN) di kawasan pengundi Cina hanya memberi keuntungan kepada DAP.
Sementara itu, Abdul Karim dalam sidang akhbar selepas itu berkata, pemimpin SUPP dan UPP perlu segera menyelesaikan kemelut dalam parti bagi mendapat keyakinan pengundi Cina agar terus menyokong mereka.
“Saya ada ramai kawan Cina, sekolah saya dahulu pun majoriti kaum Cina dan kami masih berhubung melalui kumpulan Whats­App. Apabila ditanya, mereka (rakan Cina) sendiri kurang yakin dengan pemimpin Cina dari dua parti ini kerana mereka sendiri bertelagah.
“Mereka kata bagaimana mahu mentadbir negeri jika bergaduh sesama sendiri. Jadi, kita harap parti ini dapat menyelesaikan segera masalah untuk memenangi kawasan Cina seperti pernah berlaku sebelum ini,” katanya.
 
Sumber : Utusan Malaysia

 

Knowledgeable Council

on Thursday, 28 January 2016 10:42.

advokasi

Source : Borneo Post

Advokasi Ilmuwan di UNIMAS dapat sambutan hangat

on Wednesday, 27 January 2016 08:05.

ilmuan 72 20160126IMG 3427

Kota Samarahan, 27 Januari : Forum Advokasi Ilmuwan bertajuk “Sudah Sejahterakah Rakyat Sarawak”telah diadakan hari ini bertempat di Panggung Eksperimen, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

Forum berkonsepkan ilmiah tersebut merupakan anjuran Majlis Profesor Negara (MPN), Utusan Malaysia, Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan UNIMAS dengan dihadiri  oleh wakil-wakil daripada Institusi Pengajian Tinggi di Kuching dan Kota Samarahan, pensyarah, staf dan pelajar UNIMAS.

Empat panel telah dijemput untuk terlibat di dalam forum ini iaitu   Menteri Muda Pembangunan Belia (Bandar) dan Menteri Muda Perumahan Sarawak, YB Datuk Hj Abdul Karim Rahman Hamzah, Pensyarah UNIMAS,  Profesor Madya Dr. Neilson Ilan Mersat dan Profesor Madya Dr. Jeniri Amir serta Pensyarah Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Madya Dr. Shamrahayu Ab Aziz.

Manakala forum selama lebih kurang dua jam ini telah dikendalikan oleh Datuk Zaini Hassan, Penolong Ketua Pengarang 1 Kumpulan Utusan selaku pemudahcara.

Forum ini membincangkan isu-isu semasa sekaligus mencari penyelesaian kepada isu yang dibincangkan tersebut.

Program yang diadakan di UNIMAS ini telah masuk siri ke-9 dan antara lokasi-lokasi sebelum ini termasuklah Utusan Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Universiti Teknikal Melaka (UTeM).

Beberapa siri akvitivi Advokasi Ilmuwan bersama masyarakat di Sarawak (Kawasan Penyelidikan) yang turut dijalankan oleh MPN bersama UNIMAS dan Universiti Teknologi MARA (UiTM) termasuklah program penyelidikan dan aktiviti bersama komuniti di Mulu, Kapit, Sibu, Lundu, Mukah/Dalat, Bau dan Kuching.

Potential new dengue virus type discovered

on Monday, 25 January 2016 12:28.

NC Deague

Source : New Sunday Times

Archive News

Universiti Malaysia Sarawak, 94300 Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia Telephone: +60 82581000/+60 82581388, Fax: +60 82 665 088, Email: corporate@unimas.my
Copyright © 2015 Official Portal of Universiti Malaysia Sarawak. All Rights Reserved.
Last Modified on Thursday 28 January 2016.

Jom Masuk UMinistry of FinanceJPAMalaysian GovernmentMSCMyIDEAS1Malaysiakrstemyhealth
Sitemap
| Disclaimer | Policy | Manual | Portal Guidelines | Feedback |
FAQ
Best Viewed using Mozilla Firefox Version 3+,  Google Chrome or Internet Explorer Version 9+
This website does not support mobile version.
FOR TECHNICAL inquiries / comment AbOUT this website, contact :- webmaster(at)unimas.my

Visitors Counter : 3087041

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

alexa